Musim panas ini, ‘tekan main’ bersama ‘Coolest Coffee inTown’—koleksi perisa kopi ais edisi terhad yang baharu dan kembali, aksesori penuh warna, dan banyak lagi daripada Nespresso. Diinspirasikan oleh nostalgia era 90-an dan nadi kota yang dinamik, Nespresso menyerlahkan detik kopi ais untuk anda berhubung, meneroka, menikmati dan menemui.
Nikmati pengalaman kopi ais paling mewah dari Nespresso setakat ini. Inti utama koleksi ini ialah Pistachio Vanilla Flavour Over Ice—gabungan halus dan mewah yang mempertemukan rasa kacang pistachio dan vanila berkrim; serta Coconut Vanilla Flavour Over Ice, kegemaran ramai yang menggabungkan rasa kelapa berkrim dengan sentuhan vanila untuk sensasi tropika.
Tanpa perlu pasport, anda sudah boleh menikmati rasa percutian tropika. Kedua-dua perisa ini ditawarkan untuk sistem Original pada harga RM3.65 setiap kapsul. Bagi sistem Vertuo, Pistachio Vanilla berharga RM4.50 dan Coconut Vanilla pada RM5.00, sempurna untuk menghidupkan setiap detik musim panas.
Aksesori Musim Panas Untuk Detik Kopi Yang Lebih Bergaya
Nespresso turut memperkenalkan mesin Vertuo Pop edisi terhad dalam warna Pistachio Green pada harga RM899, interpretasi bergaya terhadap warna dan citarasa musim panas.
Reka bentuknya yang padat dan bergaya membolehkan kopi ais (atau panas) berkualiti barista disediakan di rumah, sambil menambah sentuhan segar di ruang dapur anda.
Hidangan Manis Musim Panas Bersama Paolo Paolo Gelato
Musim panas ini, Nespresso membawa pengalaman kopi aisnya ke luar butik—melalui aktivasi eksklusif di cawangan terpilih Paolo Paolo Gelato. Diilhamkan oleh perisa kopi ais edisi terhad Nespresso, Paolo Paolo Gelato memperkenalkan dua pencuci mulut istimewa untuk masa terhad: Vanilla Mascarpone with Pistachio dan Coconut Vanilla Sorbet—menyerlahkan koleksi musim panas Nespresso dalam cara yang lebih menyegarkan dan mewah.
Turut ditawarkan ialah dua pencuci mulut istimewa yang dikurasi khas: deconstructed tiramisu, dengan gelato dihidang atas lapisan biskut ladyfingers yang direndam kopi, serta affogato—gelato disempurnakan dengan tuangan kopi ais edisi terhad Pistachio atau Coconut.
Hidangan eksklusif ini boleh didapati di semua cawangan Paolo Paolo Gelato, termasuk The Five @ Kompleks Pejabat Damansara (KPD), The Exchange TRX dan Taman Paramount.
Dari 1 hingga 30 Jun 2025, di cawangan Paolo Paolo Gelato, pelanggan yang membeli perisa terpilih atau pencuci mulut istimewa yang dikurasi khas akan menerima kopi ais Nespresso percuma di premis.
Dengan setiap perbelanjaan minimum RM25 dalam satu resit, pelanggan layak menerima baucar diskaun 10% untuk Nespresso Vertuo Pop dalam warna Pistachio Green, sementara stok masih ada.
Untuk melengkapkan pengalaman, pelanggan boleh mengimbas kod QR yang disediakan di premis bagi menyertai cabutan bertuah untuk memenangi salah satu daripada 10 Tumbler Edisi Terhad Musim Panas
Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.nespresso.com/my,atau ikuti laman media sosial kami di Instagram @nespresso, dan Facebook @Nespresso.my. Talian Perkhidmatan Pelanggan bebas tol kami boleh dihubungi setiap hari dari 8:00 pagi hingga 10:00 malam di 1800 80 7001.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.