Pelakon Bella Dowanna tampil bersuara selepas rakan karibnya, Muntazar Ghufran dikritik bekas tunangnya yang juga pelakon mendakwa Muntazar hanya mempunyai RM500 dalam simpanannya.
“Dia Jadi PA Awak, Balaci Awak, Kuli Awak…”
Bella menerusi hantaran di Insta Stories menyatakan bahawa, Muntazar sentiasa menjadi ‘balaci tidak berbayar’ kepada Saidah sepanjang mereka masih menjadi pasangan.
“Dah putus amboi bukan main, dah tahu dia macam tu nak tunang juga kenapa sis?
Dia jadi PA awak, balaci awak, kuli awak, videographer tak berbayar konten-konten awak, driver awak hari-hari tau kat set. Mana tak habis duit dia??.
Lepastu dalam akaun kau ada rm50k ke? Sama-sama je sangkak.
Dah lah, diam je jangan nak bising sangat. Ingat, setiap kisah mempunyai dua sisi berbeza.”-bidas Bella Dowanna di Instagram
Anggap Tiada Jodoh & Sudah Move On
Dalam pada itu, Muntazar Ghufran menerusi hantaran di Insta Stories menyatakan bahawa adalah lebih dirinya kini berdiam diri terhadap isu berkenaan kerana ianya melibatkan soal maruah.
“Bukan saya tak nak interview. Saya rasa better diam je bagus, bukan nak besarkan keadaan tapi soal maruah, saya ada maruah saya.
Saya anggap takde jodoh dan saya dah move on. Ada sebab kenapa Allah jauhkan. Doakan saya sentiasa buat baik dan berjaya dunia akhirat.”-tulis Muntazar di Instagram
Sebelum ini, Saidah pernah memberikan kenyataan terhadap media tempatan bahawa bekas tunangnya, Muntazar Ghufran mempunyai isu kewangan yang menjadi punca utama mereka berpisah selepas lima bulan mengikat tali pertunangan.
Dedah Saidah, Muntazar hanya mempunyai RM500 dalam simpanan dan hanya cukup untuk menyara diri sendiri. Malah, pelakon dan model ini turut mengakui bahawa dia sangat menyesal apabila mengenali Muntazar Ghufran.
Apa komen anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.