[VIDEO] Gelagat Tengku Ismail Guna Bahasa Isyarat, Curi Perhatian Ramai!-“Sangat Berbudi Bahasa”

1 month ago 28

Tengku Muhammad Ismail Mu’adzam Shah diputerakan pada 11 September 2000 dengan gelaran Tengku Panglima Muda Pahang. Beliau merupakan putera kepada Sultan Pahang iaitu Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Ampuan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Beliau merupakan ketiga dalam susur galur pewarisan takhta singgahsana kerajaan negeri Pahang. Tengku Ahmad Ismail mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan ST THOMAS, Kuantan Pahang sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negara di Caldicott Preparatory Schoo; Farnham Royal, United Kingdom.

Baginda kemudian melanjutkan pelajaran ke Haileybury School & Epsom College dan kemudian melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi di Royal Holloway, University of London.

“Bagusnya Tengku Ismail, Patutlah Ramai Suka”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @in4zdn yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 27 ribu, tanda suka sebanyak 1,886 dan sebanyak 20 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Tengku Ismail yang memasuki kereta kemudain menggunakan bahasa isyarat sebelum berangkat pulang.

@in4zdn

comel sangat guna sign language🥹. Tengku Ahmad guna sign language ” tahniah , iloveyou and terima kasih ” 😍 #fyp #ytjt #taimshah #taim #tengkuahmad #tengkuahmadismail #agong

♬ GOODLIFE X ELA ELA DJ SPC – ScFy

Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Tengku Ismail sangat bijak dan pandai mengawal situasi disekelilingnya. Tambah mereka lagi, Tengku Ismail sangat disayangi ramai terutamanya anak-anak muda.

Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |