Siapa yang tidak kenal dengan Nadia Amira Othman atau lebih dikenali sebagai Amira Othman yang merupakan seorang penyanyi, pengacara televisyen dan pelakon wanita di Malaysia.
Amira Othman memulakan kerjayanya dalam bidang nyanyian, selepas menyertai satu program nyanyian popular pada tahun 2013 iaitu Akademi Fantasia musim ke-10 dan sekaligus mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tersebut. Kemudian Amira Othman banyak berkecimpung di dalam dunia lakonan sehinggakan setiap drama lakonannya menjadi pilihan ramai.
Selain dirinya, dua adik lelakinya juga turut menceburi bidang nyanyian iaitu Irfan Haris dan Haikal Iskandar. Irfan Haris juga lebih dikenali ramai selepas dia menyertai pertandingan nyanyian Big Stage dan mendapat tempat keempat.
“Video Ni Patut Nampak Sweet, Tapi Rasa Sebak Pulak”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @imani_imtiyaz yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 705 ribu, tanda suka sebanyak 26 ribu dan sebanyak 381 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan peminat cilik yang meminta Amira Othman untuk mengambil gambarnya bersama idolanya iaitu Fattah Amin.
@imani_imtiyazDikkkkk.. Tetiba kakak rasa nk jadi camera tu dik.hahahahahahahahhaaha #amiraothman #fattahamin #rissaskin
♬ suara asli – Ruang_RumahTangga ♡◍•ᴗ•✧ – Ruang_RumahTangga ♡◍•ᴗ•✧
Rata-rata netizen sebak melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa alangkah indahnya jika itu merupakan suasana bersama keluarga mereka sendiri.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.