[VIDEO] Gelagat Irfan Haris Menyakat Amira Othman, Raih Perhatian!-“Orang Tua Kena Balik Awal”

2 days ago 11

Siapa yang tidak kenal dengan Nadia Amira Othman atau lebih dikenali sebagai Amira Othman yang merupakan seorang penyanyi, pengacara televisyen dan pelakon wanita di Malaysia.

Amira Othman memulakan kerjayanya dalam bidang nyanyian, selepas menyertai satu program nyanyian popular pada tahun 2013 iaitu Akademi Fantasia musim ke-10 dan sekaligus mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tersebut. Kemudian Amira Othman banyak berkecimpung di dalam dunia lakonan sehinggakan setiap drama lakonannya menjadi pilihan ramai.

Selain dirinya, dua adik lelakinya juga turut menceburi bidang nyanyian iaitu Irfan Haris dan Haikal Iskandar. Irfan Haris juga lebih dikenali ramai selepas dia menyertai pertandingan nyanyian Big Stage dan mendapat tempat keempat.

“Si Adik Panggil Kakak Tua, Silap Nanti Dapat Bini Lagi Tua Hahaha”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @traciwcutt6 yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 1.3 juta, tanda suka sebanyak 50 ribu dan sebanyak 283 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Irfan Haris yang menyakat kakaknya itu dengan memanggil gelaran ‘Tua’.

@traciwcutt6

#amiraothman #foryoupage #fyp #siblinggoals #fakesituation

♬ original sound – Amieraaa Othman – Amieraaa Othman

Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa mereka berdua tampak sangat rapat dan sering bersama.

Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |