Siapa yang tidak mengenali anak kepada pasangan selebriti Malaysia ini, Aaisyah Dhia Rana merupakan anak kepada Zain Saidin dan Rozita Abu bakar atau lebih dikenali sebagai Rozita Che Wan atau Che Ta.
Che Ta merupakan seorang pelakon, pengacara dan penerbit di Malaysia. Che Ta cukup terkenal dalam drama bersiri Komedi ‘Kiah Perkasam’ yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu.
Che Ta kini sering aktif di media sosial miliknya terutamanya mengenai perniagaan serta mengenai gelagat lucu anak daranya itu Aaisyah Dhia Rana. Aaisyah sering mendapat perhatian ramai kerana bukan sahaja dia merupakan anak kepada selebriti malah kerana rupa parasnya yang menawan serta perangainya yang masuk air.
“Aaisyah Tidur Pun Cantik, Aku Kalau Tidur Dah Macam Gorgon”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Che Ta yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 288 ribu, tanda suka sebanyak 12 ribu dan sebanyak 30 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Che Ta yang merakam Aaisyah yang tertidur sambil memeluk novel kerana kepenatan menunggu Che Ta Photoshoot.
@rozitachewan1Kesian diaaa .. tunggu mummy shoot sampai terlena .. dia ckp malu nk tunggu kt luaq, qamai org.. so dia tunggu mummy dlm fitting room sambie baca buku ..siap pakai baju qaya @MINAZ MY 🤪 tp hujung2 lenaaaa😜 Sayang anak bertuah ni ..🥰 . #aaisyahdhiarana #cheta #rcw #rozitachewan #minaz
♬ original sound – ROZITA CHE WAN – ROZITA CHE WAN
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa, walaupun Aaisyah sedang tidur begitu namun tetap kelihatan cantik. Apa-apa poun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.
Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.