[VIDEO] Gelagat Anak Diana Danielle Menari Curi Perhatian Ramai!-“Muka Sama Betul!”

1 day ago 14

Diana Danielle Danny Beeson atau dikenali sebagai Diana Danielle merupakan seorang pelakon dan penyanyi wanita Malaysia kelahiran Amerika Syarikat. Beliau mula dikenali umum menerusi filem sulung lakonannya Idola  dan telah membintangi beberapa drama TV termasuk Airmata Maria  dan Raisha.

Diana merupakan anak tunggal kepada pasangan Norsiah Ramli yang berketurunan Melayu dan Danny Beeson yang juga merupakan warganegara Amerika Syarikat. serta mempunyai ketinggian 170 sentimeter. Beliau kembali ke Malaysia pada usia awal selepas ibu bapanya bercerai; Diana dibesarkan di George Town, Pulau Pinang, iaitu kampung halaman ibunya. Beliau mempunyai seorang adik angkat lelaki bernama Halley Hayden yang dilahirkan pada 2008.

Selepas 13 tahun mendirikan rumah tangga, Farid Kamil dan Diana Danielle sah bercerai. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad dan Nur Aurora.

“Muka Aurora Sebijik Muka Diana Danielle Masa Muda Dulu”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Diana Danielle yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 844 ribu, tanda suka sebanyak 49 ribu dan sebanyak 279 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Diana Danielle bersama anak perempuannya yang menari dengan menggunakan lagu yang sedang trending di media sosial tiktok itu.

@diana.danielle

Slay it to the max 😌

♬ Shake It To The Max (FLY) (Remix) – MOLIY & Skillibeng & Shenseea

Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa muka Aurora seiras dengan muka Diana Danielle seperti kembar seiras.

Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |