Mohd Nasir Hamzah atau lebih dikenali sebagai Achey Bocey merupakan seorang pelawak, pelakon, penyanyi dan pengacara Malaysia. Beliau merupakan juara Bintang Mencari Bintang musim pertama terbitan TV3 dan salah seorang ahli kumpulan Bocey bersama Abam dan Fad.
Achey juga berkebolehan mencipta dan menulis lagu serta menyanyi. Beliau telah mengeluarkan single pertamanya iaitu Yang Terindah pada penghujung Oktober 2017. Lagu ini didedikasikan khas untuk isterinya, Anne.
Achey berkahwin dengan Nur Hassanah Yahya dan mempunyai seorang anak perempuan, Nur Tiara Zinnirah. Beliau ialah abang kepada Natasha Hamzah.
“First Time Dengar Lagu Raya Seram Seram Sejuk Gitu, Hahaha”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Achey Bocey yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 4.9 juta, tanda suka sebanyak 317 ribu dan sebanyak 12 ribu komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan anak kepada Achey iatu Tiara yang menyanyikan lagu raya yang tular dahulu yang dinyanyikan oleh Aisha Retno dan Aziz Harun.
@achey_kintangkintungNAHHHH AMEKKKK … #tiaracover #tiaracore #tiaracandy #ketipakketipungraya @tiaracandy_official @anne_achey21
♬ original sound – KEDAI ACHEY KINTANG KINTUNG – KEDAI ACHEY KINTANG KINTUNG
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa suara Tiara saing saing dengan Datuk Aliff Syukri. Tambah mereka lagi, mereka terhibur dengan telatah Tiara yang bersahaja namun membuatkan ramai terhibur melihatnya itu.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.