TUULYN: Pasar Raya Moden Gaya Malaysia-Eropah Kini di Malaysia

1 day ago 16

Jenama pasar raya moden berkonsepkan gabungan Malaysia-Eropah, TUULYN Groceries and Market (TUULYN) kini dilancarkan di Malaysia.

Konsep Unik Dan Terbaru

via arciscommunication

Membawa pendekatan baharu dalam pengalaman membeli-belah runcit, TUULYN menawarkan konsep unik yang menggabungkan pasar mini, kedai serbaneka, dan kafe — semuanya dalam satu ruang mesra kejiranan.

Cawangan pertama TUULYN, TUULYN MARKET, kini dibuka di Seksyen 8, Kota Damansara.

Ia menampilkan lebih 6,000 produk terpilih termasuk daging sejuk beku, buah-buahan segar, roti artisan dan makanan sedia dimakan seperti ayam goreng dan pastri yang dibakar segar di lokasi.

Menekankan Nilai Kesegaran

via arciscommunication

Antara tarikan utama ialah bilik daging bersuhu terkawal dan ruang bakeri serta kafe bawa pulang yang menyajikan roti bakar, kopi, karipap dan kek dengan harga berpatutan.

TUULYN menekankan nilai, kesegaran, dan kemudahan harian dalam suasana moden yang bersih dan elegan.

Ia juga mengamalkan kelestarian serta bekerjasama dengan usahawan dari Malaysia dan Eropah yang berpengalaman dalam bidang makanan, e-dagang, dan reka bentuk.

Sajikan Produk Jenama Sendiri

via arciscommunication

Berbeza dengan pasar raya konvensional, TUULYN menampilkan produk jenama sendiri seperti kepingan daging burger buatan tangan dan daging perap eksklusif.

Ia turut menyajikan ayam goreng adunan khas dan pelbagai jenis roti bakar serta pastri yang baru dibakar setiap hari.

Jenama ini turut merancang untuk membuka lebih banyak cawangan di Lembah Klang dan memperkenalkan perkhidmatan penghantaran dalam talian tidak lama lagi.

Pelanggan yang mendaftar awal di laman web rasmi TUULYN berpeluang menerima baucar belian sehingga RM50 sempena pelancaran digital tersebut.

Untuk maklumat lanjut dan kemas kini, layari www.tuulyn.com atau ikuti TUULYN di Facebook dan Instagram.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |