[VIDEO] Akshay Kumar Sebenarnya G*y & Bercinta Dengan Saif Ali Khan?

1 day ago 12

Pernahkah kamu mendengar tentang khabar angin ini?

Suatu ketika dahulu, aktor Akshay Kumar pernah didakwa sebagai gay dan mempunyai hubungan dengan aktor Saif Ali Khan pada akhir tahun 90-an. Khabar angin yang tidak masuk akal ini diceritakan semula oleh Akshay ketika dia menjadi tetamu jemputan di rancangan Koffee With Karan.

Dalam rancangan tersebut, Karan Johar telah bertanyakan kepada Akshay mengenai khabar angin yang agak ‘gila’ dan tidak masuk akal pernah dengar tentang dirinya. Menjawab soalan tersebut, Akshay berkongsi mengenai khabar angin dia didakwa sebagai gay.

YouTube video

“Ini adalah khabar angin paling bodoh saya pernah dengar tentang diri saya. Sebuah media melaporkan bahawa saya gay dan dalam hubungan dengan Saif Ali Khan.”

Foto – Pinterest / Wikipedia

Jelas Akshay, khabar angin itu muncul semasa dia berlakon bersama Saif dalam filem ‘Main Khiladi Tu Anari’. Bukan itu sahaja, Akshay juga turut dikaitkan dengan Tusshar Kapoor. Mendengar cerita Akshay, Karan Johar terkejut dan bertanya bagaimana khabar angin tersebut boleh muncul.

“Saya tidak tahu, itu adalah khabar angin, Tengok muka saya, awak rasa? Tengok masa silam saya, awak rasa?”

Setakat ini, Akshay Kumar pernah dilaporkan bercinta dan menjalinkan hubungan sulit dengan beberapa aktres Bollywood terkenal seperti Raveena Tandon, Shilpa Shetty, Priyanka Chopra, Katrina Kaif dan Rekha.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |