Baru-baru ini, satu video yang dimuat naik oleh akaun Instagram bernama “Rukun Islam 5” telah menarik perhatian ramai warganet.
Tidak Menjaga Etika Pemakaian
@rukun_islam_5Akhir Zaman punya cara buat Haji. #fyp #fypシ゚viral #viral #fypp #foryou #foryourpage #tiktokmalaysia #tiktokindonesia #creatorsearchinsights #dakwah
Dalam video tersebut, pemilik akaun berkenaan menegur secara terbuka tindakan sesetengah individu yang berhasrat menunaikan ibadah haji atau umrah dengan menaiki basikal, namun tidak menjaga etika berpakaian selaras dengan tuntutan Islam.
Individu tersebut mempersoalkan niat dan keikhlasan segelintir pihak yang ingin menunaikan ibadah suci itu, tetapi masih berpakaian ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh, terutama bahagian bawah.
Keinginan Raih Perhatian?

Dalam ucapannya, beliau menegur tindakan tersebut sebagai sesuatu yang tidak selari dengan tujuan ibadah.
Kau nak pergi haji, nak beribadat kepada Allah, tapi pakai ketat-ketat.
Kau nak apa? Nak masuk Olimpik?
Tambahnya lagi, berpakaian ketat ketika mengayuh basikal ke Tanah Suci bukan satu keperluan dalam agama dan sebaliknya hanya menunjukkan kepentingan hawa nafsu dan keinginan untuk meraih perhatian ramai.
Beliau turut mempersoalkan sama ada niat sebenar mereka adalah untuk menunjuk-nunjuk kepada masyarakat bahawa mereka mampu mengayuh sejauh ke Mekah, seolah-olah mahu disanjung sebagai “Champion”.
Terima Pelbagai Reaksi Warga Net

Di ruangan komen, pelbagai reaksi pengguna media sosial dapat dilihat.
Ada yang menyokong pandangan individu tersebut, menyatakan bahawa pakaian patuh syariah sepatutnya diamalkan sejak awal perjalanan, bukan hanya apabila sampai di Mekah atau Madinah.
Menurut mereka, tuntutan menutup aurat bukan bergantung kepada tempat semata-mata, sebaliknya satu kewajipan sepanjang masa, lebih-lebih lagi ketika dalam misi ibadah.
Malah ada juga yang cuba mengaitkan dengan perkara yang sedang berlaku sekarang ini dimana ada sesetengah pempengaruh mahupun selebriti yang sedang berbasikal ke Tanah Suci.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.