Hailey Bieber Dedah Jual Perniagaan Skincare Rhode Bernilai RM4.7 Bilion

1 day ago 15

Hailey Bieber, bukan sahaja dikenali sebagai model dan isteri kepada penyanyi terkenal Justin Bieber, tetapi juga sebagai usahawan berjaya melalui jenama penjagaan kulit miliknya, Rhode.

Menjual Kepada e.l.f. Beuty

via Rhode

Terbaru, Hailey telah menjual syarikat tersebut kepada jenama kosmetik terkenal, e.l.f. Beauty dengan nilai yang luar biasa.

Menurut laporan E! Online, Hailey yang kini berusia 28 tahun, menjual Rhode dengan nilai sebanyak USD1 bilion, bersamaan kira-kira RM4.7 bilion berdasarkan kadar tukaran semasa.

Daripada jumlah itu, USD800 juta (kira-kira RM3.76 bilion) dibayar dalam bentuk tunai dan saham kepada pemilik asal Rhode, termasuk Hailey sendiri, CEO Nick Vlahos, serta pengasas bersama Lauren Ratner dan Michael D. Ratner.

Baki USD200 juta (lebih RM940 juta) pula akan dibayar berdasarkan prestasi pendapatan dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Satu Permulaan Baharu

via MET

Hailey menyifatkan penjualan ini sebagai satu permulaan baharu buat jenama yang dibinanya.

Dalam kenyataannya di Instagram, beliau menyatakan impiannya adalah untuk membawa Rhode ke lebih banyak tempat dan menjadikannya boleh diakses oleh semua.

Dilancarkan pada Jun 2022, Rhode diambil sempena nama tengah Hailey sendiri. Jenama ini menumpukan kepada produk penjagaan kulit berkualiti tinggi dan berkesan, yang pantas mendapat tempat di hati pengguna global.

Sehingga Mac 2025, jualan Rhode mencecah lebih USD200 juta (RM940 juta) dalam tempoh hanya 12 bulan.

Hailey turut menegaskan sejak awal bahawa visinya untuk Rhode adalah inklusif dan terbuka kepada semua golongan.

Kini dengan kerjasama bersama e.l.f. Beauty, beliau berharap dapat meluaskan lagi capaian jenama tersebut ke seluruh dunia.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |