“Saya Akan Berpakaian Lelaki”- Sajat Dedah Bakal Tunai Umrah Tahun Depan Berpakaian Lelaki

1 day ago 15

Sebelum ini pada tahun 2020, Nur Sajat mencetuskan kontroversi apabila mengerjakan ibadah umrah dengan berpakaian wanita.

Tindakannya itu telah menyebabkan kecaman hebat daripada pelbagai pihak dan perhatian meluas dari media.

Insiden itu juga turut mengundang pelbagai reaksi termasuk daripada pihak berkuasa agama dan masyarakat umum.

Berhasrat Menunaikan Umrah Pada Tahun Hadapan

via Borneo Daily

Terbaru, satu hantaran video rakaman semula di TikTok yang memaparkan siaran langsung Sajat menjadi tular.

Dalam video tersebut, Sajat yang kini menetap di Sydney, Australia, meluahkan hasratnya untuk menunaikan ibadah umrah pada masa akan datang dan tekad untuk berpakaian seperti lelaki ketika berada di Tanah Suci.

Menurut Sajat, niat tersebut lahir daripada keinginan untuk memperbetulkan kesilapan lalu dan tidak mahu mengulangi perbuatan yang pernah menimbulkan kontroversi lima tahun lalu.

Insya-Allah tahun depan saya akan pergi umrah lagi.

Kali ini, saya akan berpakaian lelaki, tak kisah rambut panjang sekalipun.

Kita belajar daripada apa yang berlaku dan kita tak mahu ulangi kesilapan lama.

Saya takkan buat perkara yang buatkan orang marah.

Sajat Pegang Pesan Keluarga

via The Vibes

Dalam video tersebut, Sajat turut berkongsi nasihat paling menyentuh hati yang pernah diberikan oleh keluarganya.

Menurutnya, keluarganya pernah berpesan walaupun apa terjadi, pastikan Sajat tidak sesekali meninggalkan agama Islam.

Satu saja keluarga saya pesan, apa jadi kat saya pun, jangan tukar agama

Kini, dengan niat yang lebih matang dan berhemah, Sajat berharap agar penghijrahannya dapat diterima dan diberi peluang untuk kembali ke jalan yang lebih baik serta tidak lagi mengulangi kesilapan masa lalu.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |