Baru-baru ini tular satu video kat TikTok (@tgamirul) yang menunjukkan kehadiran Tunku Aminah Maimunah Iskandariah dan suami tercinta, YB Dato’ Dennis Muhammad Abdullah, di satu majlis perkahwinan diraja.
Pasangan ni hadir ke Majlis Malam Berinai Besar YM Raja Sarina Bahiyah binti DYAM Raja Iskandar Dzulkarnain & Muhammad Firdaus bin Muhammad Sukor yang berlangsung di Istana Firuz, Ipoh. Memang nampak meriah habis!
Tunku Aminah pun rileks sahaja bergambar dengan pengantin, simple tapi tetap classy. Tapi yang paling menarik perhatian netizen, warna baju mereka.
@tgamirul_Tunku Aminah Maimunah Iskandariah binti Sultan Ibrahim dan YB Dato’ Dennis Muhammad Abdullah berangkat ke Majlis Malam Berinai Besar YM RAJA SARINA BAHIYAH BINTI DYAM RAJA ISKANDAR DZULKARNAIN & MUHAMMAD FIRDAUS BIN MUHAMMAD SUKOR di ISTANA FIRUZ IPOH PERAK
Tunku Aminah pakai oren terang, suami dia pula pakai hijau terang. Dua-dua warna “pop out”, tapi tak matching langsung. Biasanya orang akan pilih warna sedondon kalau pergi event macam ini, tapi pasangan ni memang lain macam, confident dan chill je dengan gaya masing-masing.
Ruangan komen pun penuh dengan reaksi netizen yang kagum (dan relate!):
“Takde nak match-match pun… Kita ni time raya pakai rainbow sikit, mesti ada yang sound kenapa tak sama warna,” tulis seorang netizen.
“Dia orang pakai lain pun tetap ngam je… Bila kita buat camtu, mesti ada yang tak puas hati. Padahal aku ni tinggi, kurus, lawa jugak,” seloroh seorang lagi.
Apa-apa pun, netizen ramai setuju — walaupun tak sedondon, pasangan diraja Johor ni tetap nampak serasi dan bergaya. Kadang-kadang, kontra tu lah yang buatkan pasangan tu stand out!
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.