Bukan hanya kehidupan orang biasa sahaja, kehidupan selebriti pun ada pasang surutnya. Sama seperti aktor Salman Khan, dia juga pernah melalui masa yang sukar. Di mana pada waktu itu dia tidak mempunyai wang yang cukup untuk kehidupan hariannya.
Walaupun tidak mempunyai wang yang cukup pada masa itu, Salman mendedahkan dia berasa sangat bersyukur kerana dapat bertemu dengan individu yang baik seperti aktor Bollywood ini yang pernah membelikannya sehelai baju baru.

“Ketika itu saya memang tak ada wang yang cukup. Saya hanya ada wang untuk membeli baju dan seluar sahaja. Tetapi pada masa itu ada trend baru muncul iaitu stone-washed jeans. Saya tengok di sebuah kedai dan berminat dengannya. Apabila saya lihat pada wang saya ada, saya hanya mampu untuk beli seluar jeans itu tetapi tidak baju. Suniel Shetty yang ketika itu ada bersama saya telah membeli baju yang saya minat dan hadiahkan pada saya.”

Bercerita mengenai kisah ini, Salman menjadi emosional dan turut berkongsi sebuah lagi cerita mengenai kebaikan Suniel. Dia juga mengatakan Suniel pernah menghadiahkannya sebuah dompet yang dia minati tetapi tidak mempunyai wang cukup untuk membelinya.
“Suatu hari dia (Suniel) jemput saya ke rumahnya dan tiba-tiba memberikan saya dompet yang saya mahukan. Rupa-rupanya dia ada satu lagi model yang sama di rumah.”
Kongsi Salman, masa-masa yang sukar itu berlaku selepas penampilan sulungnya dalam filem ‘Mayne Pyar Kita’. Selepas filem itu, Salman dedahkan dia tidak mempunyai pekerjaan selama 6 bulan.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.