Nora Danish Dedah Tidak Menolak Kemungkinan Tunai Haji Bersama Pasangan Baru Pada Masa Akan Datanng

1 day ago 13

Pelakon terkenal, Nora Danish sebelum ini meluahkan rasa kecewa apabila terpaksa melupakan hasratnya untuk menunaikan ibadah haji tahun ini walaupun telah membuat segala persiapan.

Bersedia Secara Fizikal

Menurut Nora, menunaikan haji adalah impian besar dalam hidupnya dan dia percaya bahawa segala yang berlaku adalah ketentuan Allah.

Nora yang sudah bersedia secara fizikal dan mental untuk ke Tanah Suci menyifatkan bahawa rezeki menunaikan haji datang daripada jemputan Allah, dan mungkin belum tiba masanya untuk dirinya.

Tidak Menutup Pintu Hati

via Instagram Nora Danish

Menurut Oh My Media, meskipun begitu, dia kekal positif dan terbuka menerima apa sahaja ketentuan yang telah ditetapkan.

Pelakon ini juga menyatakan bahawa dia tidak menolak kemungkinan akan menunaikan haji bersama pasangan baharu di masa depan.

Walaupun pernah gagal dalam dua perkahwinan, Nora tidak menutup pintu hatinya untuk bercinta dan berkahwin lagi.

Kehidupan Lebih Indah Berpasangan

via Instagram Nora Danish

Katanya, kehidupan lebih indah jika hidup berpasangan kerana hidup bersendirian boleh jadi membosankan.

Untuk rekod, Nora pernah berkahwin dengan usahawan Nedim Nazri pada 30 Mac 2017 dan bercerai pada 19 Jun 2024.

Sebelum itu, beliau juga pernah mendirikan rumah tangga dengan Jejai pada 20 Jun 2006 namun perkahwinan tersebut berakhir selepas dua tahun.

Nora kini fokus kepada kehidupannya dan tetap berharap agar suatu hari nanti akan diberikan peluang oleh Allah untuk menjadi tetamu-Nya di Makkah, mungkin dengan seorang suami di sisi.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |