Kontroversi Bapa Alia Bhatt- Dari Kes Bercumbuan Hingga Mahu Kahwini Anak Sendiri

1 day ago 16

Rasanya ramai yang tahu bahawa aktres Alia Bhatt ialah anak kepada pengarah, penerbit dan penulis skrip terkenal di Bollywood iaitu Mahesh Bhatt. Mahesh mempunyai empat orang anak iaitu Pooja, Rahul, Shaheen dan Alia.

Sebagai seorang pengarah dan penerbit terkenal, Mahesh beberapa kali menjadi tajuk utama berita kerana kontroversinya termasuklah pengakuan mahu berkahwin dengan anaknya sendiri iaitu Pooja Bhatt.

Paling mengejutkan, Mahesh pernah menunjukkan beberapa gelagat intim dengan Pooja termasuklah menciumnya.

Foto – India Today

Melihatkan tindakan Mahesh terhadap Pooja telah membuatkan orang ramai merasakan tindakan tersebut tidaklah wajar antara bapa dan anak.

Foto – Bollywood Shaadis

Bagi Mahesh, dia tidak teragak-agak untuk mengakui di khalayak ramai bahawa dia sangat menyukai anak sulungnya itu. Apabila mereka berdua menghiasi wajah hadapan majalah pada tahun 90-an, Mahesh tanpa segan silu mencium bibir anaknya.

“Jika Pooja bukan anak perempuan saya, saya akan berkahwin dengannya.”

Foto – Bollywood Hungama / Pinterest

Memetik kenyataan Pooja, dia tidak menyesal dengan penggambaran wajah hadapan majalah tersebut. Dia memberitahu bahawa orang ramai bebas untuk mentafsirkan apa maksud di sebalik gambar tersebut tetapi baginya perbuatan bapanya itu tidak bersalah dan itu adalah cara Mahesh menunjukkan kasih sayang terhadap anak-anaknya.

Foto – News 18

Manakala bagi Alia Bhatt pula, dia berasa takut dengan bapanya sendiri, apabila bapanya sentiasa meminta anak-anaknya untuk mematuhi kata-kata dan peritahnya.

Apa pendapat kamu?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |