Pelakon, Tiz Zaqyah tampil memberikan teguran terhadap pempengaruh media sosial Imran Bard berhubung kandungan video yang memetik nama pelakon veteran, Ellie Suriaty dan mengaitkannya dengan bahan terlarang yang menjadi bualan netizen di media sosial.
“Awak Dah Menyinggung Seseorang…”
Tiz Zaqyah menerusi hantaran di Thread, menegur tindakan Imran Bard yang seharusnya membuat permohonan maaf secara ikhlas dan beradab.
Tegas Tiz, dia mempersoalkan sikap Imran serta kurang bersetuju dengan cara pempengaruh media sosial ini memberikan respon terhadap sidang media yang dilakukan oleh Ellie.
“Imran Bard, awak dah menyinggung seseorang dan cara terbaik adalah meminta maaf dengan baik, ikhlas, dengan adab.
Aku sangat kurang setuju dengan cara awak. Awak mempunyai perjalanan masih jauh, tapi dengan sikap sebegini? Sorry pun, no cure.
Dan moga dipermudahlan untuk your mom yang sedang sakit juga. Salam.”-tegas Tiz Zaqyah
Dedah Sikap Sebenar Ellie Suriaty
Tambahnya lagi, dia turut memuji sikap Ellie Suriaty yang sentiasa memberikan kata-kata semangat selain mempunyai hati yang sangat baik.
“The one and only, Elly Suriaty yang saya kenal, hormat dan sayang. Saya kenal diri saya dan saya bukan jenis seorang yang sayang dan percayakan seseorang dengan mudah.
Kak Ellie adalah seorang yang baik hati, selalu memberika kata-kata semangat dan bercakap apa yang terbaik untuk anda.”-kongsi Tiz lagi
Apa komen anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.