Tak Lagi Berkawan, Hubungan Baik Rani Mukerji & Aishwarya Rai Retak Kerana Insiden Ini

1 month ago 44

Rani Mukerji dan Aishwarya Rai ialah dua aktres yang paling berbakat dalam industri Bollywood. Mereka berdua pernah berkongsi ikatan yang sangat rapat sehingga dilabelkan sebagai “kawan baik”. Akan tetapi ikatan persahabatan mereka berubah selepas bertahun-tahun, malah Rani tidak dijemput ke majlis perkahwinan Aishwarya.

Kenapa ye?

Foto – DNA India

Keretakan hubungan rapat mereka terjadi apabila Rani menggantikan tempat Aishwarya dalam filem ‘Chalte Chalte’. Penggantian tersebut dikatakan berlaku kerana kekasih Aishwarya ketika itu, Salman Khan, telah membuat kecoh di set filem.

Foto – Reddit / Facebook

Salman didakwa telah menuduh Shah Rukh Khan mempunyai hubungan sulit dengan Aishwarya. Disebabkan kekecohan itu, Shah Rukh Khan yang juga salah seorang penerbit filem itu terpaksa membuat keputusan memecat Aishwarya dan gantikannya dengan Rani.

Dalam sebuah temu bual, Shah Rukh Khan memberitahu dia meminta maaf kepada Aishwarya dan menyesali akan tindakannya. Jelasnya keputusan itu bukan sepenuhnya di tangannya kerana dia bukan satu-satunya penerbit filem itu. 

Foto – Reddit / Pinterest

Menurut beberapa sumber, pemecatan itu telah membuatkan Aishwarya terluka dan sedih apabila digantikan dengan kawan baiknya, Rani. Sejak daripada insiden itu, tercetuslah perang dingin antara mereka berdua.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |