Siti Nurhaliza Mohon Maaf Isu ‘Promote’ Produk Nikotin-“Saya Sedar Ini Adalah Khilaf Saya…”

1 month ago 39

Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil membuat permohonan maaf secara terbuka selepas mendapat teguran oleh pihak Public Health Malaysia di Facebook selepas mempromosikan produk nikotin di media sosial, baru-baru ini.

Siti menerusi hantaran di Insta Stories, menyedari khilaf dirinya yang tidak melakukan penyelidikan terhadap produk berkenaan sebelum mempromosikannya di media sosial.

“Maaf di atas khilaf saya mengenai produk yang saya masukkan di IG feed saya sebelum ini.

Saya sedar ini adalah khilaf saya tanpa menyelidik atau mengetahui sepenuhnya mengenai produk tersebut.”-tulis Siti di Insta Stories

Posting Telah Dipadam

Tambahnya lagi, Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa sebagai TokTi turut memaklumkan bahawa dia telahpun memadam posting berkaitan produk berkenaan, selain menitipkan ucapan terima kasih di atas teguran yang diberikan terhadap dirinya itu.

“Terima kasih di atas teguran, pemberitahuan dan juga memaklumkan hal ini kepada saya.

Saya sudah memadamkan posting tersebut dan terima kasih sekali lagi di atas teguran yang diberikan.”-Tulis Siti lagi

Baru-baru ini, Siti dilihat memuatnaik satu video yang mempromosikan produk nikotin yang difahamkan merupakan perniagaan milik anak tirinya iaitu Aazif Khalid.

Hantarannya itu mencetuskan respon Public Health Malaysia di Facebook, menyifatkan tindakan penyanyi terkenal ini adalah tidak wajar selain menjelaskan bahawa produk tersebut bukanlah produk berdaftar dan tidak dibenarkan penjualannya di Malaysia.

Malah, aktiviti mempromosikan produk sedemikian telah melanggar Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024.

Apa komen anda?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |