Satu video di laman sosial menjadi perbualan netizen apabila video tersebut menunjukkan sesi temubual bersama dengan pengacara dan pelakon, Sharifah Aleya.
Tidak Melayan Komen Netizen
Dalam temubual tersebut, Sharifah Aleya ditanya mengenai tindakan dia memilih untuk melakukan tindik dibahagian hidung dan sebagai seorang wanita muslim.
Dalam temubuat tersebut, Aleya mendedahkan bahawa dia memilih untuk kekal tenang dan tidak melayan komen negatif netizen berhubung penampilannya yang bertindik di bahagian hidung.
Menurut Aleya, tindikan tersebut adalah pilihan peribadi yang tidak menjejaskan sesiapa, dan dia sendiri berasa selesa serta menyukai gaya itu.
Keluarga Tidak Mempersoalkan

Aleya berkata keluarganya termasuk suami dan ibu bapanya tidak mempersoalkan keputusan tersebut.
Malah, katanya, suaminya menyukai tindikan itu, manakala ibunya kadang kala memuji subang hidung yang dipakainya.
Memang ada komen negatif, tapi saya tenang saja.
Ia hanya tindik hidung.
Saya buat kerana saya mahu, bukan kerana sebab tertentu.
Aleya turut mendedahkan dia pernah terfikir untuk bertindik di kening dan lidah.
Membatalkan Hasrat Tindik Di Tempat Lain
Namun, hasrat itu terpaksa dilupakan selepas mempertimbangkan risiko yang bakal ditanggung.
Menurutnya, tindik di kening boleh menyebabkan parut jika tidak dipilih dengan betul, manakala tindik di lidah memerlukan pantang makan makanan pedas, yang sukar dilakukannya kerana dia gemar makanan pedas.
Walaupun tampil dengan gaya yang lebih berani dan moden, Aleya menegaskan dia tetap bersikap profesional.
Jika diperlukan untuk tampil dalam rancangan televisyen yang memerlukan imej lebih konservatif, dia bersedia untuk menanggalkan subang hidungnya.