Sering Berlakon Bersama Aktres Muda, Shah Rukh Khan Dikecam Teruk Dengan Netizen India

1 month ago 32

Sepanjang kerjayanya di Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK) telah bekerja dengan beberapa pelakon berbakat pelbagai peringkat umur, daripada mereka yang sebaya hingga yang lebih muda.

Walaupun bagi orang lain perbezaan umur antara SRK dan beberapa aktres filem yang bekerja bersamanya tidak menjadi masalah, sesetengah netizen di India pula telah menjadikan ia sebagai bahan sindiran.

Foto – Times of India

Beberapa ketika dulu, SRK pernah membincangkan tentang perbezaan umur antara dirinya dan aktres yang bekerja bersamanya. Dia mendedahkan sebab mengapa dia lebih suka bekerja dengan aktres yang lebih muda daripadanya.

“Orang cakap dia (SRK) dah habis, dah tua, dia bekerja dengan…. Saya satu-satunya pelakon utama, setiap kali saya bekerja dengan seorang gadis muda, itu kerana mereka sahaja yang ada ketika itu.”

Foto – Google Arts & Culture

Tidak mempedulikan sindiran dan kritikan orang ramai, dia bergurau mengatakan bagaimana dia tidak boleh memberitahu aktres muda itu untuk membesar dengan cepat.

“Saya tidak boleh suruh mereka membesar dengan cepat. Jika Alia Bhatt bertanya kepada saya, “Bolehkah saya membuat filem”, saya tidak boleh memberitahunya untuk dewasa dengan cepat. Saya tidak boleh berkata sebegitu.”

Foto – Bollywood Hungama

Walaupun mempunyai reputasi dan pengaruh hebat dalam dunia Bollywood, SRK memberitahu dia tidak mempunyai kuasa untuk memilih pelakon yang akan bekerjasama dengannya dalam sebuah filem.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |