Sari Yanti Kongsi Foto ‘Sweet’ Bersama Suami Sempena Anniversary, Netizen Terhibur!-“Macam Pakai Kodak Eh…”

1 month ago 35

Pelakon, Sari Yanti memuatnaik hantaran istimewa sempena ulang tahun perkahwinannya bersama suami tercinta yang merupakan pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu yang ke-9, semalam.

Sari Yanti menerusi hantaran di Instagram, dilihat memuatnaik satu foto yang memaparkan dirinya yang memegang sejambak bunga mawar merah dan merah jambu berdiri bersebelahan suaminya.

Malah, Sari turut menitipkan doa buat mereka berdua, selain berterima kasih kepada anak perempuan mereka, Dariya Inara yang menjadi jurugambar merakamkan momen mereka berdua.

“Alhamdulillahhilladzi bini’matihi tatimmus shalihat ♥️ Mudah mudahan Allah limpahkan kasih sayang , rahmati dan redhai kita . Amin Ya Rabbal alamin 🤲🏻 Happy Anniversary Sayang ♥️

Thank you Dariya tangkapkan gambar.”-kapsyen Sari Yanti di Instagram

“Tangkap Pakai Mesin Basuh Ke…”

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi rasa terhibur melihat hasil foto yang diambil oleh Dariya, malah suaminya, Jep Sepahtu turut berseloroh di ruangan komen menyifatkan Dariya mengambil gambar menggunakan ‘Kodak’.

“Macam pakai Kodak eh Dariya 😂.”-Jep Sepahtu

“Bagus kak gambar gini, boleh elak daripada orang bernama ain 😆🤣.”

“Hahahaha pandai Dariya, elakkan ain 😂😂.”

“Tangkap pakai mesin basuh ke.”

“Siapa yang nak cepat ni. Mereka atau tukang gambar 😆.”

“Ingatkan saje ikut trend pakai filter gegar. Rupanya memang gegar betul 😂.”

“Ingat line saya ada masalah, video belum bergerak, rupanya memang tak bergerak 😂.”

“Sampai triple gigi parents ko Dariya.”

Sekadar info, Sari Yanti mendirikan rumah tangga dengan Jep pada 25 Februari 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Dariya Inara, Muhammad Khidir, dan Abu Bakr.

Sari Yanti sebelum ini pernah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan, iaitu Mohd Edy Casmadi Che Hussin pada 16 Januari 2009 sebelum membuat keputusan untuk berpisah pada Disember 2014. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, iaitu Barr Al-Aliy dan Baasit Al-Haq.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |