Saif Ali Khan Dakwa Ciuman Rani Mukerji Adalah Pengalaman Paling Teruk Sekali!

2 days ago 11

Tidak ramai yang tahu bahawa Saif Ali Khan pernah mengakui tidak selesa melakukan adegan romantik seperti mencium Rani Mukerji walaupun kedua-duanya telah beberapa kali terlibat berlakon dalam sebuah filem.

Nak tahu mengapa?

Foto – Filmfare

Sekadar info, Rani dan Saif pernah bekerja bersama dalam beberapa filem yang sama, antaranya ‘Hum Tum’,’Ta Ra Rum Pum’, ‘Bunty Aur Babli’ hingga ke ‘Kal Ho Naa Ho’ dan ‘Om Shanti Om’.

GIF – Tumblr

Disebabkan oleh mereka pernah bekerja bersama, kedua-duanya terpaksa melakukan beberapa adegan romantik seperti bercium. Bagaimanapun Saif mengakui melakukan adegan ciuman dengan Rani merupakan pengalaman bercium terburuknya sepanjang hidup.

“Itu ciuman terburuk saya dengan awak (Rani).”

GIF – Tumblr

Pengakuannya itu bukan tanpa sebab kerana Saif mendedahkan dia dan Rani merupakan rakan baik di dunia realiti. Apabila diminta untuk lakukan adegan bercium, dia berasa sangat tidak selesa untuk lakukannya dengan rakan baiknya.

Bukan hanya Saif, Rani juga turut merasakan perkara yang sama apabila dia mengatakan, “Hari itu sangat tidak selesa untuk kami”.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |