Ryzal & Maryam Durian Kimchi Timang Cahaya Mata Kedua

3 days ago 12

Pasangan pempengaruh media sosial, Ryzal Ibrahim dan Maryam Durian Kimchi selamat menimang cahaya mata kedua pada jam 2.29 pagi, semalam.

Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh Ryzal menerusi hantaran di Instagram, memaklumkan bahawa Maryam telah selamat melahirkan cahaya mata lelaki.

Dan apa yang lebih istimewa adalah, putera mereka dilahirkan pada hari yang sama dengan hari lahir Maryam iaitu pada 19 Februari.

“19th February 2025, 2:29AM, 3.67kg, lahirnya putera kami bersamaan hari kelahiran ibunya, Maryam pada 19th February 1992.

Syukur dengan anugerah dan rezeki Allah kurniakan, semoga amanah ini dapat kami jaga dengan seikhlas hati hingga nafas terakhir kami.”-kongsi Ryzal di Instagram

“MasyaAllah Tabarakallah Comelnya Baby Boy..”

Perkongsian Ryzal dibanjiri dengan ucapan tahniah serta doa buat Ryzal dan Maryam sekeluarga, malah ramai yang meluahkan rasa ‘geram’ melihat wajah bayi lelaki mereka yang sangat comel.

“Alhamdulillah syukur dan tahniah.”

“Alhamdulillah, comel sangat 😭. Semoga membesar menjadi anak yang soleh ye. Comell geram.”

“Bestnya sepasang Alhamdulillah. Healthy baby 😍😍. ”

“Alhamdulillah yes Rina dah jadi kakak.”

“Aaa so cute! Congrats!.”

“MasyaAllah Tabarakallah comelnya baby boy. Tahniah Maryam dan Ryzal. Selamat berpantang Maryam.”

“Dangg Maryam you’re glowing! yeoppo.”

“Kiyowo plus handsome.”

“Syukur Alhamdulillah. Tahniah Ryzal dan Maryam. Rina tentu seronok dapat adik dan dah ada kawan bermain.”

Sekadar info, Maryam yang berasal dari Korea Selatan mendirikan rumah tangga dengan Ryzal Ibrahim pada 15 Ogos 2019. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Rina.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |