Kalau kamu nak tahu, Sean Connery a.k.a James Bond, pernah mendedahkan bahawa menjadi seorang aktor adalah satu pekerjaan yang sangat bertuah. Bayangkan dikelilingi oleh gadis cantik, kamu diminta untuk bermesra dan ada masanya mencium mereka.
Perkara ini bukan sahaja berlaku di industri Hollywood, tetapi juga Bollywood, yang cukup serius dalam menayangkan adegan intim yang cukup sensual seperti ciuman dalam filem.
Dan menurut beberapa laporan, terdapat tiga aktor Bollywood yang dikatakan terkenal dengan adegan ciuman mereka yang terganas dalam industri. Siapakah mereka?
1. Ranbir Kapoor
Jika kamu pernah menonton filem ‘Rockstar’, dalam filem ini Ranbir Kapoor digandingkan dengan Nargis Fakhri. Dan salah satu adegan filem yang menarik perhatian ramai adalah adegan ciuman mereka.

Bezanya dengan filem lain, Nargis dengan agresifnya telah membuat langkah pertama. Adegan ini meninggalkan kesan yang berbeza. Dan ciuman Ranbir di sini dinobatkan sebagai aktor dengan ciuman terhangat.
2. John Abraham
Aktor John Abraham juga termasuk dalam senarai pelakon India yang pernah melakukan adegan ciuman yang tidak dapat dilupakan. Adegan ciuman ikonik John adalah dari filem ‘Jism’.

Dalam filem ini dia berlakon dengan Bipasha Basu. Adegan ciuman antara mereka digelar paling ganas pada zaman awal tahun 2000-an. Adegan ciuman mereka dikatakan cukup liar.
3. Ranveer Singh
Dikenali sebagai aktor yang kacak dan seksi, Ranveer Singh sentiasa memberikan yang terbaik dalam setiap watak yang dilakonkannya. Terdapat satu filem di awal kariernya iaitu filem ‘Band Baaja Baaraat’, di mana Ranveer memainkan watak samseng yang kemudiannya jatuh cinta dengan seorang gadis biasa yang dilakonkan oleh Anushka Sharma.

Dalam filem itu terdapat satu adegan intim yang cukup ‘panas’, di mana Ranveer mencium Anushka dengan ganas. Menurut Ranveer, adegan itu dirakam sekali sahaja dan pada asalnya dia merancang untuk lakukan kesilapan supaya adegan itu perlu diambil berulang kali. Tetapi disebabkan dia sangat menyukai dan terbawa-bawa, dia tidak perlu melakukan pengambilan berulang.
Apa pendapat kamu?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.