Prince Syed & Isteri Infaq Telekung RM12k Kepada Ustazah Asma, Cetus Pelbagai Reaksi Netizen!

2 days ago 17

Perkongsian usahawan yang juga pempengaruh media sosial, Syed Muhammad Shah Hasif atau lebih dikenali sebagai Prince Syed mencetuskan pelbagai reaksi netizen selepas dilihat menginfaqkan sepasang telekung bernilai belasan ribu kepada seorang pendakwah bebas, Ustazah Asma Harun, baru-baru ini.

Prince Syed menerusi hantaran di TikTok menyatakan bahawa dia dan isterinya, Fatin Syazwani infaq sepasang telekung putih bertatahkan batu permata Swarovski yang bernilai RM12k kepada pusat pengajian ilmu milik Ustazah Asma yang dikenali sebagai Perkampungan Hijrah.

“Kami infaq telekung RM12k kepada Ustazah Asma Harun untuk Perkampungan Hijrah. Alhamdulillah telekung yang bertatahkan batu permata kristal Swarovski ini kami dah serahkan kepada Ustazah.

Telekung ini pernah viral sehingga luar negara kerana kemewahan perincian pada telekung ini yang sangat unik dan bermakna.”-kongsi Prince Syed di TikTok

@prince.syed.shahid

Kami infaq TELEKUNG RM 12K kepada ustazah Asma Harun untuk Perkampungan Hijrah , Alhamdulillah telekung yang bertatahkan batu permata kristal Swarovskiii ini kami dah serahkan kepada ustazah 🥰 telekung ini pernah VIRAL sehingga luar negara kerana kemewahan perincian pada telekung ini yang sangat unik dan bermakna

♬ News, news, seriousness, tension(1077866) – Lyrebirds music

Undang Pelbagai Reaksi Netizen!

Perkongsian Prince Syed mencetuskan pelbagai reaksi netizen di ruangan komen, malah ada yang berpendapat ia adalah konten semata-mata.

“Dari bagi telekung berpuluh ribu, lebih baik bagi gold bar pada ustazah. Berbaloi.”

“Lebih baik hantar  orang miskin ke Mekah.”

“Allah, konten saja ni. Netizen pun percaya 100%.”

“Kenapa ya ramai yang ada masalah hati? Tak kisah la beribu atau murah. Itu hadiiiah niat dari seseorang. Orang sekeliling kalau jadi tak khusyuk tu memang aneh la. Nampak sangat masalah hati.”

“Sebenarnya telekung yang mewah begitu kalau kita solat berjemaah pun tak boleh sebab ahli jemaah lagi tak khusyuk apabila melihat telekung tersebut, boleh membatalkan solat, solat di rumah boleh lah, ni pandangan ikhlas dari saya.”

“MasyaAllah syoknya, semoga bertambah rezeki dan bahagia dunia akhirat bersama keluarga.”

“Hilang nilai murni sedekah tu. Siap harga ye kalau bersedekah.”

Apa komen anda?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |