Umum mengetahui, dunia hiburan sememangnya tidak dapat pisahkan kehidupan glamor selebriti daripada pesta dan minuman keras. Bukan hanya di Hollywood, malah industri Bollywood juga tidak terlepas daripadanya sehinggakan ada beberapa selebriti yang dikenali sebagai alcoholic.
Walaupun ada yang tidak segan silu mempamerkan tabiat buruknya itu, para selebriti ini mengakui tabiat meminum minuman keras tidak dapat dihentikan. Nak tahu siapa selebriti Bollywood yang digelar sebagai alcoholic?
1. Salman Khan

Ramai yang tahu Salman Khan ialah peminum tegar dalam kalangan selebriti. Pada tahun 2002, Salman pernah terlibat dalam kemalangan jalan raya akibat mabuk. Bukan itu sahaja dia juga pernah bergaduh dengan Shah Rukh Khan di majlis hari jadi Katrina Kaif, dikatakan berpunca daripada pengaruh alkohol.
2. Hrithik Roshan

Terdapat khabar angin bahawa Hrithik Roshan ialah peminum yang sangat tegar. Ini kerana, ada beberapa individu pernah melihat Hrithik menjadi mabuk di majlis hari jadi Karan Johar. Ketika itu, dia didakwa telah melompat ke atas meja dan menari. Hrithik dilaporkan memerlukan bantuan alkohol untuk menangani masalah emosi dalam hidupnya.
3. Ranbir Kapoor

Seterusnya ialah aktor Ranbir Kapoor. Suami kepada Alia Bhatt ini pernah mengaku bahawa dia mempunyai masalah minuman keras dan kegemarannya ialah bir sejuk. Walaupun dikenali sebagai alcoholic, Ranbir mengatakan dia tidak akan minum ketika dia sedang bekerja.
4. Sonam Kapoor
Tidak pernah mengakui dirinya seorang alcoholic, Sonam Kapoor mendedahkan dia mempunyai rutin harian biasa iaitu akan selalu minum segelas wain setiap hari terutamanya ketika makan malam.

Walaupun dia tidak mengakui ketagihannya, kebanyakan individu dalam industri hiburan Bollywood mengetahui bahawa dia ialah ratu parti dan sering minum minuman keras sehingga mabuk.
Apa pendapat kamu?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.