Penyanyi, Datuk Nora membuat pendedahan mengejutkan mengenai dirinya yang bakal memujuk suaminya, Dr Rushdi Ramli untuk menceraikannya buat kali kedua.
Nora menerusi hantaran di Insta Stories, turut memohon maaf kerana berkahwin secara sah dengan Dr Rushdi Ramli. Malah, dia juga sedang memujuk suaminya itu untuk menceraikannya buat kali kedua agar tiada lagi fitnah dan caci maki mengenainya di media sosial.
“Saya mohon maaf kerana menerima lamaran dan berkahwin secara sah dengan Ustaz Rushdi.
Saya sedang memujuk Ustaz untuk ceraikan saya buat kali ke-2, supaya tidak ada kata-kata fitnah, caci maki, hasut menghasut masyarakat membenci, memburukkan serta menjatuhkan nama saya di media sosial.”-dedah Nora Ariffin di Instagram
Penuhi Permintaan Anak Tiri Untuk Bercerai
Dedah Nora lagi, dia akur dengan permintaan anak tirinya, yang mahu mereka berpisah sejak dahulu, selain mendedahkan ‘tweet’ anak tirinya yang dikatakan mahu Nora mereput di neraka kerana membuat wanita lain menderita.
“Saya akan penuhi permintaan Alia dari dulu lagi untuk kami bercerai.
Saya minta maaf dan mengaku semuanya salah saya. Ustazah Rose insan yang mulia, tidak pernah salah.”-dedah Nora lagi
Sekadar info, Nora Ariffin mendirikan rumah tangga bersama Rushdi pada tahun 2021.
Malah, Rushdi juga merupakan sahabat baik kepada bekas suami Nora, iaitu Allahyarham Johan Nawawi yang meninggal dunia pada 24 Mac 2017 disebabkan serangan jantung.
Apa komen anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.