Nekad Mahukan Suami Orang, Ini Kisah Cinta Terlarang Sridevi & Mithun Chakraborty

6 hours ago 6

Mithun Chakraborty dan Sridevi merupakan pelakon lagenda di Bollywood pada tahun 1980-an dan juga 1990-an. Bukan sahaja kerjaya mereka menjadi lagenda, skandal di antara mereka juga menjadi kisah lagenda pada zaman itu.

Semuanya berlaku apabila Mithun yang telah berkahwin dengan Yogeeta Bali, telah jatuh cinta dengan kecantikan Sridevi. Mereka akhirnya menjalinkan hubungan sulit selama beberapa tahun.

Foto – Filmibeat

Hubungan sulit mereka bermula di set filem ‘Jaag Utha Insan’. Cinta lokasi berkembang menjadi serius dan muncul khabar angin mengatakan Mithun telah berkahwin dengan Sridevi pada 1985.

Foto – Bhaskar / Facebook

Hubungan sulit mereka dirahsiakan sehingga tahun 1988 sebelum ia didedahkan oleh Yogeeta. Selepas didedahkan, Sridevi kecewa kerana Mithun tidak menceraikan isterinya. Akhirnya Sridevi memilih untuk meninggalkan hidup Mithun.

Foto – Facebook / The Express India

Menurut pelakon Sujata Mehta, Sridevi menjadi tertekan apabila hubungan mereka telah berakhir dan dia cuba bersikap profesional.

Tidak lama kemudian, Sridevi bertemu dengan penerbit Boney Kapoor, yang ketika itu sudah pun berkahwin. Tetapi tidak seperti Mithun, Boney meninggalkan isterinya untuk berkahwin dengan Sridevi.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |