Nadeera Cipta Rekod, Kini Menjadi Penyanyi Nombor 1 Di Semua Platform Digital!

1 month ago 37

Penyanyi yang juga bintang Rocketfuel Entertainment, Nadeera terus mencipta fenomena selepas persembahan luar biasanya di pentas berprestij Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39).

Meskipun bergelar naib juara, Nadeera berjaya mencuri perhatian peminat dan pemerhati industri muzik dengan vokal luar biasa dan persembahan penuh emosinya yang meninggalkan impak mendalam.

Nombor 1 Di Semua Platform Utama

Selepas AJL39, lagu Bukan Lagi Kita nyanyian Nadeera muncul sebagai lagu paling banyak distrim di Spotify Malaysia, Apple Music Malaysia, YouTube Music Malaysia dan dimuat turun di iTunes Music Malaysia mengatasi semua lagu lagu domestik dan antarabangsa.

Lebih menarik lagi apabila lagu tersebut juga tersenarai antara salah sebuah lagu di antara tiga buah lagu artis Malaysia yang pernah mencecah nombor satu di ‘Carta Spotify Malaysia Daily Top Song’ selain lagu Hasrat dari Amir Jahari dan Suasana di Hari Raya oleh Anuar & Ellina.

Lagu ‘Bukan Lagi Kita’ yang juga menjadi OST drama popular terkini ‘Curang Tanpa Niat’ juga menguasai YouTube dengan lebih 5 Juta tontonan untuk muzik video lagu tersebut.

Kejayaan ini sekaligus mengukuhkan kedudukan Nadeera sebagai salah seorang artis terlaris di pasaran digital masa kini. 

Nadeera Menghargai Peminat

Nadeera turut menitipkan rasa syukur di atas sokongan yang luar biasa, selain berkongsi impiannya untuk berada di atas pentas AJL akhirnya termakbul.

Saya sangat sangat bersyukur dengan sokongan yang luar biasa ini. Impian saya untuk berada di pentas AJL sejak dari dahulu lagi akhirnya termakbul dan sewaktu saya berdiri di pentas AJL39, saya hanya mahu menyampaikan lagu dengan sepenuh hati.

Melihat reaksi positif daripada semua orang adalah sesuatu yang sangat bermakna bagi saya. Dan ini adalah permulaannya, saya akan terus bekerja keras untuk memberikan yang terbaik buat peminat semua.”-kata Nadeera

Kejayaan ini membuktikan bahawa bakat dan kerja kerasnya kini diiktiraf oleh peminat yang terus menyokong karya muziknya. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Nadeera dan perkembangan terkininya, sila ikuti akaun rasmi di platform media sosial dan digital.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |