Mengejutkan! Kenapa Wanita Ini Tiba-Tiba Tampar Shah Rukh Khan?

1 day ago 16

Baru-baru ini, Shah Rukh Khan (SRK) ada menceritakan bagaimana dia pernah ditampar oleh seorang wanita. Jujur dia katakan, insiden itu merupakan satu pengalaman yang tidak boleh dia lupakan.

Kongsi dalam salah satu temu bualnya, SRK mendedahkan insiden itu berlaku selepas dia memberitahu wanita ini bahawa dia mempunyai banyak tawaran kerja sehinggakan dia alami sakit kepala. Katanya lagi sebagai seorang manusia, dia juga memerlukan rehat.

Foto – Campaign India

Sambil membuat pengakuannya itu, wanita tersebut telah menampar SRK. Untuk pengetahuan kamu, wanita itu adalah Saroj Khan, seorang koreografer Bollywood yang sering mengarahkan tarian selebriti untuk filem terbesar.

“Saya masih ingat, pada awal karier, saya telah bertemu dan bekerja dengan Saroj. Pada masa itu, saya bekerja lebih daripada 13 jam. Saya memberitahunya, saya terlalu letih dan banyak kerja. Saroj yang penuh dengan sifat keibuaan telah menampar saya, tetapi itu adalah satu tamparan yang penuh kasih sayang dan menasihati saya supaya tidak mengeluh tentang kerja.”

Foto – NDTV

Dedah SRK lagi, tamparan itu disebabkan Saroj memikirkan aktor itu tidak berterima kasih dan curahannya sama seperti keluhan. Akibat tamparan itu, SRK tersedar dan cepat-cepat bersyukur dengan kerjanya.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |