Minggu lepas pastinya semua maklum mengenai berlangsungnya acara berprestij Anugerah Juara Lagu yang ke-39 (AJL 39).
Keputusan Paling Memuaskan

Marsha Milan mengejutkan ramai dengan dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu. Kemenangan tersebut membolehkan Marsha Milan membawa pulang wang tunai RM100,000 bersama trofi utama.
Naib juara AJL 39, lagu Bukan Lagi Kita oleh Nadeera, membawa pulang RM50,000. Tempat ketiga dimenangi oleh lagu Saksama nyanyian Akim & The Majistret, yang memperoleh RM30,000 dan trofi.
Ernie Zakri pula memenangi trofi Vokal Terbaik melalui lagu Aura, membawa pulang RM12,000 dan trofi.
Aina Abdul pula dianugerahkan trofi Persembahan Terbaik dengan persembahan luar biasa menerusi konsep jantung lagu Puas Sudah.
Aliff Syukri Dedah Pemenang Sebenar
@papalarisofficialMaaf #marsha dan #ainaabdul
♬ headlock x jinx from arcane – ZOMBIE
Melihat kepada ‘review’ dari netizen, ramai yang berpuas hati dengan senarai kemenangan tahun ini dan memuji dengan sistem penjurian AJL 39.
Seperti biasa, pastinya akan ada beberapa pihak yang akan melakukan parodi, ulasan dan komen mengenai apa yang terjadi sepanjang AJL39.
Salah satu daripadanya adalah usahawan Dato’ Sri Aliff Syukri bin Kamarzaman. Dalam hantaran di media sosial miliknya, Aliff menyatakan bahawa dia merupakan pemenang sebenar untuk AJL 39 kali ini.
Jelas Aliff lagi, dia yang tidak menyertai AJL 39 kerana risau akan kemenangan status Marsha dan Aina Abdul yang dikatakan boleh ‘terpelanting’ sekiranya dia turut menyertai AJL tersebut.
Tambah Aliff, dia mahu memberi peluang kepada Aina dan Marsha untuk menaiki pentas mengambil hadiah kemenangan mereka.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.