Leona Label Kebanyakkan Lelaki Sampah, Luah Kecewa Belum Jumpa Calon Suami Lagi

6 hours ago 6

Pempengaruh media sosial, Leona, meluahkan rasa kecewa yang mendalam terhadap pengalaman bercinta yang dilaluinya, menyifatkan hampir kesemua lelaki yang pernah ditemuinya sebagai “sampah”. Dalam satu video TikTok yang meraih perhatian ramai, anak kepada pelakon Azhar Sulaiman itu berkongsi secara jujur tentang kekecewaannya dalam dunia janji temu, serta kebimbangannya tentang masa depan cinta dan perkahwinan.

Leona, 23, tidak menafikan bahawa dialah yang memulakan langkah untuk berkenalan dengan lelaki-lelaki tersebut, namun kecewa apabila setiap pertemuan tidak berakhir seperti yang diharapkan. Katanya, jika terus berhenti daripada aktiviti janji temu, bagaimana pula dia akan bertemu jodoh yang diimpikan? Tambahan pula, hasratnya untuk mendirikan rumah tangga bukan sekadar gurauan, dia sudah menamatkan pengajian di London dan serius merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat.

Namun, realiti yang dihadapinya cukup mengecewakan. Leona berkata kebanyakan lelaki yang ditemui bukan sahaja gagal menarik perhatiannya dari segi personaliti, malah dari segi fizikal juga jauh dari standard yang diharapkan. Apa yang lebih menimbulkan rasa kecewa, katanya, ada lelaki yang sudah sedia tidak menarik dari segi rupa tetapi ditambah pula dengan personaliti yang menurutnya lebih teruk daripada penampilan. Baginya, ini mencetuskan persoalan besar, adakah itu standard lelaki masa kini?

Dalam kejujuran yang diluahkan, Leona juga menyentuh tentang nasihat yang diberikan oleh ibunya, Chempaka Emalin Pahamin, yang menasihati agar dia memberi usaha sepenuhnya jika benar-benar ingin bertemu dengan calon suami yang baik. Bagi Leona, dia kini terperangkap antara keinginan untuk memperbaiki diri dan keperluan untuk tetap membuka peluang kepada orang baharu.

Terdahulu, Leona pernah menyuarakan hasrat untuk berkahwin seawal tahun 2025 walaupun ketika itu belum mempunyai teman lelaki. Azhar Sulaiman sebagai bapa menyatakan sokongan, namun dengan syarat lelaki yang bakal menjadi menantunya mestilah bukan perokok dan tidak bekerja dalam bidang perubatan atau seni bina.

Luahan terbuka Leona ini mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial, dengan ada yang menyokong kejujurannya, dan ada juga yang mengkritik cara penyampaiannya. Namun, dalam dunia serba moden dan pantas ini, kisah seperti milik Leona memperlihatkan realiti yang dialami ramai anak muda, keinginan untuk berkahwin, cabaran dalam memilih pasangan yang sesuai, dan dilema antara usaha dan harapan.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |