Berakar umbi daripada 12 tahun memupuk kehidupan yang lebih sihat dan bahagia di seluruh negara, peneraju Pencipta Kediaman Sihat (Healthy Home Creator), CUCKOO International (MAL) Berhad (“CUCKOO Malaysia”) secara rasminya mengumumkan kembalinya sambutan ulang tahun ikoniknya, CUCKOOTOPIA.
Dianjurkan menerusi usaha sama dengan Anugerah Melodi Terhangat (AMT) 2026, CUCKOOTOPIA- Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026 akan berlangsung pada hari Sabtu, 24 Oktober 2026, dari jam 6:30 petang hingga 12:00 tengah malam di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
Cuckootopia Bawa Lee Junho Temui Peminat
Diterajui oleh tema kempen, “Ulang Tahun ke-12: Menghargai Setiap BFF”, sambutan ini menghargai komuniti yang memacu pembangunan CUCKOO Malaysia, bermula daripada pasukan di sebalik tabir dan lapangan hinggalah kepada para pelanggan, pengguna, serta peminatnya.
@cuckooofficialCUCKOOTOPIA is coming… and we’ve got something BIG planned. 👀🔥 With two phenomenal icons joining forces ⭐, are you ready for this? 🎤🎶 Find out LIVE on TikTok via @Melodi Terhangat & @TV3Malaysia at 10PM tonight! 🎥✨ #CUCKOO12thAnniversary #CUCKOOTOPIA2026 #AMT2026 #MelodiTerhangat #SAMASAMAHealthier
♬ original sound – CUCKOO Malaysia🇲🇾 – CUCKOO Malaysia🇲🇾
Dalam merealisasikan tema ini, kempen ini akan diwarnai melalui siri inisiatif dinamik yang merangkumi acara Pop-up imersif, peraduan menarik, pelancaran koleksi barangan eksklusif, serta konsert langsung berskala besar.
Penampilan eksklusif oleh Duta Global CUCKOO, Lee Junho, akan menyerikan lagi acara Pop-up dan konsert sebagai tarikan utama. Para peminat berpeluang beramah mesra dengan beliau di CUCKOOTOPIA Pop-up, sebuah acara imersif CUCKOO yang meriah yang dijadualkan berlangsung dari 22 hingga 25 Oktober 2026 di Pavilion Bukit Jalil.
Kemuncak sambutan ini ialah penganjuran konsert langsung yang bakal menggegarkan Stadium Merdeka. Pentas berprestij ini bakal diserikan dengan kemunculan yang paling dinanti-nantikan oleh Lee Junho. Turut memeriahkan suasana adalah penyanyi dari Taiwan, Trevor Kuo, dan Duta CUCKOO, Phei Yong, serta barisan bintang popular tanah air seperti Jaclyn Victor, Faizal Tahir, Ella, Mimifly, ALPHA, 3P, Jeryl Lee, Umairah, Odda, Emily, Janice Yoong, dan 15 peserta daripada program realiti 8TV, Youthopia.
Bagi memberi peluang kepada para peminat mendapat tiket eksklusif ke acara ini, peraduan CUCKOO Spend & Meet Lee Junho akan juga dianjurkan bermula 1 September hingga 10 Oktober 2026.
- Pelanggan perlu berbelanja minimum RM200 untuk mana-mana produk atau pakej servis CUCKOO sepanjang tempoh peraduan dan menghantar penyertaan dengan mudah menerusi Aplikasi CUCKOO+ yang baru dinaik taraf
- Seramai 300 pemenang Hadiah Istimewa bakal membawa pulang tiket konsert Healthy Home Zone untuk menyaksikan konsert tersebut
- 20 pemenang Hadiah Utama bakal memenangi sesi eksklusif untuk bergambar secara 1-on-1 bersama Duta Global CUCKOO, Lee Junho, di acara CUCKOOTOPIA Pop-up, berserta tiket konsert Rock Zone.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan terkini mengenai CUCKOO, ikuti laman media sosial rasmi CUCKOO di Facebook, Instagram dan TikTok.
Thumbs
Thumbs
1
Hearts
Hearts
3
Haha
Haha
2
Star
Star
4
Sad
Sad
Weary
Weary

2 hours ago
3




![[VIDEO] Sheila Majid Buka Tirai Jiwa Merdeka, Ombak KLCC Jadi Pentas Budaya Malaysia](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/08/WhatsApp-Image-2026-08-29-at-15.31.35-3.webp)









![[VIDEO] Didakwa Warga Bangladesh Pandu, Lori Sampah Alam Flora Hempap 3 Kereta](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/08/14-1.webp)

















![[REVIEW] Dr Anwar Naha Dalang Kematian Ahyan Atau Sekadar ‘Umpan’? Episod 7 GBGTH Cetus Teori Baharu](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/06/Feature-Image-2000-Px-PHIC-10-1.webp)
















