Konon Mesra Depan Peminat, Rupanya Selebriti Ini Saling Benci Antara Satu Sama Lain

1 month ago 39

Beberapa selebriti Bollywood sememangnya nampak mesra dan rapat di hadapan khalayak ramai, tetapi tiada sangka di sebalik itu, mereka rupanya saling benci membenci antara satu sama lain.

Ada yang mengatakan situasi ini terjadi disebabkan oleh faktor percintaan atau persaingan dalam karier. Nak tahu siapa mereka?

Salman Khan-Vivek Oberoi

Dilaporkan pergaduhan antara dua aktor ini berpunca daripada Aishwarya Rai. Vivek Oberoi diketahui menjalinkan hubungan dengan Aishwarya selepas aktres itu memutuskan hubungan dengan Salman. Tidak dapat menerima kenyataan, Salman telah mendekati Aishwarya semula.

Foto – Britannica / Wikipedia / The Tribune

Vivek kemudiannya mendedahkan tingkah laku Salman di hadapan akhbar dan mengatakan Salman telah mengancamnya. Malangnya, kuasa Salman dalam dunia hiburan telah membuatkan nama Vivek diboikot.

Sonam Kapoor-Aishwarya Rai 

Siapa sangka, hanya disebabkan tidak mahu berjalan bersama di karpet merah membuatkan Sonam Kapoor membenci Aishwarya Rai. Sonam yang berasa jengkel telah memanggil dan mengejek Aishwarya dengan panggilan “mak cik”.

Foto – India Today / Reddit

Ini membuatkan Aishwarya kecil hati dan sangat marah, sehinggakan dia blacklist Sonam di merata tempat.

Kareena Kapoor-Bipasha Basu 

Bekerjasama dalam filem ‘Ajnabee’, Kareena Kapoor dan Bipasha Basu telah bertengkar sesama sendiri. Pergaduhan ini dipercayai bermula apabila Kareena mengejek Bipasha dengan gelaran “kucing hitam”.

Foto – NDTV Food / Torani India

Ejekan tersebut menjadi dasyat sehingga Kareena menampar Bipasha. Akibatnya, kedua-dua mereka tidak lagi bersemuka di dalam atau luar filem itu.

Kangana Ranaut-Deepika Padukone 

Kangana Ranaut dan Deepika Padukone dikatakan terlibat dalam pergaduhan ejek-mengejek sehingga akhirnya saling membenci. Ianya berlaku apabila Kangana merasakan Deepika tidak ikhlas berterima kasih kepadanya apabila memenangi anugerah berprestij.

Foto – Wikipedia / NDTV

Dia mengatakan Deepika hanya mencari simpati orang ramai dengan menggunakan namanya. Hal itu membuatkan Deepika berasa jengkel dan ramai yang mengecam tindakan Kangana.

Macam-macam kan?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |