Siapa sahaja yang tidak kenal dengan aktres Madhuri Dixit? Seorang aktres lagenda Bollywood yang bukan sahaja terkenal dengan kecantikannya, tetapi juga pergerakan tubuhnya yang anggun dan lakonan yang berkebolehan.
Di sebalik kejayaannya sebagai seorang aktres, Madhuri juga pernah alami pengalaman yang kurang selesa sepanjang kariernya. Kejadian ini berlaku pada tahun 1989, apabila dia membintangi filem ‘Shanakht’ bersama Amitabh Bachchan.

Ketika itu, pengarah filem Tinnu Anand meminta Madhuri untuk menanggalkan pakaiannya untuk memakai hanya coli dalam salah satu adegan filem tersebut. Jelas Tinnu, dia mahu adegan itu berasa nyata.
“Saya telah menjelaskan setiap urutan adegan kepada Madhuri terlebih dahulu dan saya memberitahunya bahawa dia akan memakai coli dan saya tidak akan menutup apa-apa.”

Sambung Tinnu, dia juga menawarkan untuk Madhuri mereka bentuk colinya sendiri untuk membuatkan dia berasa lebih selesa. Tetapi apa yang berlaku, Madhuri secara tiba-tiba enggan melakukannya kerana dia tidak berasa selesa memakai coli di hadapan kamera.
“45 minit berlalu dan dia tidak keluar dari bilik persalinan. Saya memeriksanya di dalam dan dia berkata tidak mahu lakukan adegan itu. Sangat menjengkelkan!”

Tinnu berang dan memintanya untuk meninggalkan set penggambaran. Amitabh yang mendengar bahawa Madhuri akan dipecat dan digantikan, cuba mendekatinya dan memujuk aktres itu. Tetapi jawab Madhuri, dia masih tidak berasa selesa.
Penggantian untuk watak Madhuri dijalankan dan beberapa hari kemudian, aktres itu bersetuju untuk melakukan adegan itu.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.