Imran Bard Tampil Mohon Maaf Sekali Lagi Pada Ellie Suriaty!-“Ia Hanyalah Parodi Random…”

1 month ago 30

Pempengaruh media sosial sensasi, Imran Bard sekali lagi membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap pelakon senior, Ellie Suriaty disebabkan video kontennya yang mencetuskan rasa kurang senang pelakon tersebut.

Imran Bard atau nama sebenarnya Muhammad Al Imran Badaruddin menerusi hantaran di Insta Stories, memohon maaf atas kekhilafannya selain menjelaskan bahawa video kontennya itu hanyalah ‘parodi random’ semata-mata.

“Saya Imran Bard, ingin memohon maaf atas kekhilafan saya dalam video TikTok Imran yang telah menyinggung perasaan Puan. Imran mohon maaf kerana ambil masa sedikit lama untuk bertenang dan muhasabah.

Tujuan video tersebut seratus peratus tidak berniat untuk menyinggung mana-mana pihak, seperti video-video Imran sebelum ini, ia hanyalah parodi random. Imran, sebagai peminat dan mengidolakan Puan dan pelakon-pelakon lain yang Imran sebut namanya, nama-nama terkeluar secara spontan di setiap video Imran.”-jelas Imran Bard di Insta Stories

Pengajaran Terbesar Seumur Hidup

Tambahnya lagi, dia memikul tanggungjawab sepenuhnya terhadap apa yang berlaku serta mengakui ia adalh pengajaran terbesar untuk dirinya seumur hidup.

“Walaubagaimanapun, Imran mengakui kesalahan Imran bahawa nama-nama tidak boleh dipetik apatah lagi diperolok-olokkan walaupun sekadar jenaka. Imran bertanggungjawab sepenuhnya atas apa yang telah berlaku.

Imran hargai teguran Puan dan Imran akan mengganggap ini adalah pengajaran terbesar untuk Imran seumur hidup.

Sekali lagi Imran amat kesal dengan apa yang berlaku dan tidak pernah berniat untuk menyinggu atau menyakiti hati sesiapa, terutamanya Puan yang Imran hormati.”-tulis Imran lagi

Apa komen anda?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |