Hannah Delisha Dalam Dendam Seorang Madu, Apa Kisahnya?

20 hours ago 4

Astro membawakan drama terbaru bertajuk Dendam Seorang Madu dalam slot Tiara di Astro Prima (saluran 105), yang bakal menemani penonton sepanjang bulan Ramadan bermula 3 Mac 2025. Drama ini mengangkat tema konflik kekeluargaan, khususnya berkaitan perkahwinan poligami dan pengurusan harta pusaka. Bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 6 petang, drama ini menjanjikan jalan cerita yang penuh emosi dan konflik yang mencengkam.

Drama ini mengisahkan tentang Putri Rayhana dan Faris Alfian, yang terperangkap dalam komplot Hanum, ibu Faris, yang berusaha membolot harta peninggalan bapa Putri Rayhana. Konflik semakin rumit apabila perkahwinan antara Rayhana dan Faris dibayangi rahsia besar—Faris sebenarnya sudah bernikah dengan pembantu peribadinya, Izara. Drama ini bukan sekadar hiburan, tetapi juga menekankan kepentingan menguruskan harta pusaka dan menjaga keturunan mengikut ajaran Islam.

Diarahkan oleh Riza Baharuddin, pengarah terkenal di Malaysia, drama ini diterbitkan oleh MIG Production Sdn. Bhd. dan dibintangi oleh pelakon popular seperti Hannah Delisha, Redza Rosli, Sweet Qismina, dan Emelda Rosemila. Lagu tema bertajuk Tipu Helah nyanyian Hannah Delisha turut mengiringi perjalanan cerita ini. Dengan gabungan jalan cerita menarik dan barisan pelakon berbakat, drama ini dijangka mendapat sambutan hebat di kalangan peminat.

Menurut Ketua Saluran Astro Prima, Norzeha Salleh, Dendam Seorang Madu bukan sekadar kisah perkahwinan biasa, tetapi turut menyampaikan mesej penting tentang pengurusan faraid secara adil. Penonton boleh menonton drama ini di Astro Prima atau strim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box, aplikasi Astro GO, dan sooka. Untuk pengalaman tontonan lebih lancar, penonton juga boleh menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps dengan pakej Astro One.

Sinopsis:

Mengisahkan tentang Putri Rayhana, seorang gadis hidup sebatang kara bersama neneknya yang garang dan ibunya yang sakit gila berusaha untuk mencari jalan untuk menyambung pelajaran bagi mengubah nasib keluarga mereka. Namun dia terpaksa akur dengan kehendak neneknya yang ingin mengahwinkan dia dengan Faris Arfian, anak
kepada sorang CEO syarikat besar bagi menampung kos rawatan ibunya.

Faris Arfian pula terpaksa menurut kehendak ibunya Hanum yang mengatur perkahwinannya supaya dia dapat menyandang jawatan CEO. Namun segalanya terbongkar selepas perkahwinan mereka apabila Faris sebenarnya sudah bernikah secara rahsia dengan Izara pembantu peribadinya, dan meminta untuk Rayhana merahsiakan perkara tersebut dari ibunya Hanum.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |