Eskayvie Tangani Malnutrisi Melalui Kempen Inspirasi Generasi Masa Hadapan

15 hours ago 4

Eskayvie kini lebih serius dalam usaha meningkatkan kesedaran tentang kepentingan nutrisi, terutama dalam kalangan kanak-kanak. Melalui Eskayvie Inspirasi Generasi Masa Hadapan, jenama kesihatan ini mendekati masyarakat dengan program yang bermula di Sekolah Kebangsaan Seksyen 24. Misi utama mereka adalah menangani isu malnutrisi dan melahirkan generasi yang sihat serta berpotensi tinggi melalui pemakanan seimbang.

Statistik menunjukkan masalah malnutrisi dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia semakin membimbangkan, dengan kes bantut, anemia, kurang berat badan, dan obesiti yang meningkat. Pengarah Urusan Eskayvie, Kartika Wati Mohamed, menekankan bahawa kesan ini bukan sekadar jangka pendek, malah boleh menjejaskan pencapaian akademik, peluang pekerjaan, dan ekonomi keluarga serta negara. Oleh itu, Eskayvie berusaha memberi kesedaran kepada ibu bapa tentang kepentingan pemakanan dalam tumbesaran anak-anak.

Kartika Wati berkongsi misi Eskayvie untuk menangani isu malnutrisi dalam kalangan kanak-kanak melalui amalan pemakanan sihat dan seimbang.
Eskayvie bekerjasama dengan komuniti setempat melalui pendekatan yang menyeluruh bagi membantu ibu bapa membesarkan anak-anak yang sihat, cerdas dan berdaya saing.
Peserta terpilih berpeluang memasak bersama Datuk Aznil dalam demo masakan sihat dan mudah untuk seisi keluarga.

Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie, Dr. Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri, pula menegaskan bahawa ramai ibu bapa terlalu fokus kepada kelas tambahan tetapi terlepas pandang aspek pemakanan yang menyokong perkembangan otak. Nutrien seperti Phosphatidylserine dan Omega-3 sangat penting untuk daya ingatan dan fokus anak-anak, tetapi pemakanan moden yang banyak mengandungi makanan segera sering mengabaikan keperluan ini.

Mindtropic dan Mindtropic Junior

Sebagai penyelesaian, Eskayvie memperkenalkan Mindtropic dan Mindtropic Junior, suplemen khas yang diformulasikan dengan nutrisi penting untuk perkembangan otak kanak-kanak. Mereka juga komited dalam memperkasakan ibu bapa dengan panduan pemakanan sihat, aktiviti interaktif, dan sokongan motivasi bagi memastikan generasi masa depan lebih sihat dan cerdas.

Para pelajar teruja berpeluang berinteraksi dengan Datuk Aznil dalam sesi soal jawab interaktif yang mencabar minda.
Dr Syid Ayob, Kartika Wati dan Datuk Aznil bergambar bersama Guru Besar SK Seksyen 24 sebagai simbolik kerjasama dalam menjayakan karnival Eskayvie Inspirasi Generasi Masa Hadapan.

Menariknya, acara ini turut dimeriahkan oleh Duta Eskayvie, Datuk Aznil Hj Nawawi, yang mengadakan demonstrasi memasak menu sihat untuk anak-anak. Beberapa ibu bapa juga diberi peluang menyertai sesi penyediaan makanan berkhasiat secara langsung. Eskayvie berharap inisiatif ini dapat membantu membentuk generasi yang lebih sihat, berdaya saing, dan mampu mencorak masa depan negara dengan lebih gemilang.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |