Dr Rafidah ‘Tegur’ Khairul Aming & Che Sayang Isu Menu Minuman Manis?- “Hati-Hati, Kandungan Gula Tinggi…”

4 weeks ago 36

Terdahulu, pakar kesihatan, Dr Rafidah pernah bersuara terhadap perkongsian pempengaruh masakan, Khairul Aming yang berkongsi resepi minuman dan masakan sempena Ramadhan.

Dr Rafidah, menerusi hantaran di X dilihat melakukan quote retweet pada hantaran Khairul Aming dengan memaklumkan bahawa dia berbuka puasa dengan mengambil air kosong yang tiada risiko kencing manis.

“Saya berbuka air kosong. Alhamdulillah, hilang juga hausnya, tiada risiko kencing manis.”-tulis Dr Rafidah di X

“Hati-Hati, Kandungan Gula Tinggi…”

Dalam pada itu, pakar kesihatan ini turut mengingatkan orang ramai untuk berhati-hati risiko menghidap kencing manis dan obesiti jika mengambil minuman manis berlebihan selepas melakukan quote retweet pada hantaran pempengaruh masakan, Che Sayang Kitchen.

“Hati-hati, kandungan gula tinggi. Risiko kencing manis dan obesiti.”-tulis Dr Rafidah lagi

Pelbagai Reaksi Netizen!

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi mereka, malah ada yang berpendapat pakar kesihatan ini telah menjalankan tugasnya untuk mengingatkan orang ramai mengenai kesihatan.

“Dr telah melaksanakan tugasnya untuk memberi reminder kerana dia Dr. Tukang masak juga melaksanakan tugasnya untuk berkongsi idea minuman dan masakan. Tugas kita sebagai orang awam boleh memilih yang terbaik tanpa menulis komen yang negatif terhadap kedua-dua pihak.”

“Biasakan diri minum air kosong, limau kosong atau nescafe kosong. Nanti lepas beberapa bulan, tengok air manis pun tak rasa terliur dah.”

“Kita ni puasa sebab nak reset balik badan dan perut. Tapi dengan trend rakyat Malaysia ni, jauh dari Sunnah.”

“Penyampaian yang sangat padat dan ringkas.”

Apa komen anda?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |