Dituduh Tumpang Populariti Kakak Ipar, Datin Rebecca Buka Mulut-“Saya Cuma Bangga”

7 hours ago 4

Pelakon Datin Rebecca Nur Al-Islam tampil memberi penjelasan berhubung tindakan memuat naik gambar usahawan terkenal Rozita Ibrahim yang kini menjadi kakak iparnya, selepas wujudnya dakwaan kononnya beliau cuba menumpang populariti perkahwinan itu. Menurut Rebecca, perkongsian tersebut dibuat atas dasar rasa bangga kerana wanita hebat seperti Rozita kini merupakan sebahagian daripada keluarganya, bukan untuk mencetuskan perhatian atau sensasi.

Jelasnya lagi, foto itu dimuat naik selepas hampir empat bulan pasangan tersebut mendirikan rumah tangga, dan hanya selepas beliau melihat Rozita sendiri berkongsi gambar bersama suaminya ketika di Mekah. Gambar yang dikongsikannya juga bukanlah gambar pasangan tersebut secara eksklusif, sebaliknya foto suasana kekeluargaan yang dirasakan wajar dikongsikan sebagai tanda menerima kehadiran ahli keluarga baru.

Namun, niat baik Rebecca tidak diterima sepenuhnya apabila perkongsian itu mengundang reaksi negatif segelintir pihak. Rebecca mengakui terkejut dengan komen-komen tidak menyenangkan sedangkan menurutnya, apa yang dilakukan hanyalah perkongsian biasa yang tidak menyentuh isu sensitif. Baginya, tiada yang salah dalam menunjukkan rasa bangga terhadap wanita yang bukan sahaja berjaya dalam dunia perniagaan, malah menjadi idola ramai wanita.

Dalam masa yang sama, Rebecca turut mendedahkan bahawa Rozita sendiri pernah menyuarakan hasrat agar perkahwinannya tidak terlalu dihebohkan di media sosial. Malah, abang Rebecca juga telah menegurnya agar tidak terus memperbesarkan isu tersebut demi menjaga keharmonian antara dua belah pihak. Meskipun terdapat kekangan dalam hubungan yang masih baharu ini, Rebecca tetap menghormati kehendak dan privasi kakak iparnya itu.

Insiden tersebut turut menyebabkan Rebecca memadam sebuah video penjelasan yang dimuat naik sebelum ini bagi menangkis dakwaan tidak berasas. Walaupun niat asalnya hanyalah untuk meraikan kebahagiaan keluarga, situasi yang tidak dijangka ini menjadi pengajaran buatnya agar lebih berhati-hati dalam setiap perkongsian di media sosial, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan individu yang memilih untuk hidup lebih tertutup.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |