Dilamar Setiap 30 Minit, Priyanka Tolak Lamaran Kahwin Aktor Popular Ini

8 hours ago 6

Tak dinafikan Priyanka Chopra memiliki kecantikan yang luar biasa. Disebabkan oleh kecantikannya itu, dia telah diminati oleh beberapa selebriti termasuklah selebriti Hollywood, Gerard Butler.

Sebelum dia berkahwin dengan suaminya, Nick Jonas, Priyanka telah dilamar beberapa kali oleh Gerard tetapi malangnya, lamaran kahwin itu ditolak.

Foto – India Today / Daily Express

Kisahnya bermula apabila Gerard melawat India pada tahun 2009 dan Priyanka pula ketika itu menganjurkan parti untuk meraikan kedatangan aktor itu di rumahnya.

Foto – Variety

Menurut sumber terdekat, Gerard sangat meminat Priyanka sehinggakan dia telah melakukan satu tindakan yang luar biasa dan mengejutkan. Semasa parti tersebut, Gerard dilaporkan telah melamarnya setiap setengah jam.

Foto – Business Insider

Bagi Priyanka, lamaran itu berkemungkinan berbentuk gurauan kerana dia dilihat menolak setiap lamaran Gerard dengan ketawa.

“Sudah tentu parti itu adalah untuk Gerard. Dia pula melamar Priyanka setiap setengah jam sambil berlutut dengan berkata, “Sudikah awak mengahwini saya?”. Priyanka pula dia akan ketawa, dan jelas dia tidak berminat untuk menjadi Puan Butler.”

Foto – Times of India

Kemudian sekitar tahun 2012, Gerard mendedahkan dia dan Priyanka masih lagi berhubung walaupun mereka jarang berjumpa. Apa yang mengejutkan lagi, dia berkata dirinya masih kekal bujang kerana menunggu aktres itu.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |