Kalau kamu nak tahu, Raja Charles III telah melarang keras penggunaan kain lap basah pakai buang di tandas Istana Buckingham selepas mendapati kesan negatifnya terhadap sistem saliran air.
Dasar itu didedahkan oleh bekas pembersih Istana Buckingham, Anne Simmons, yang berkata kain lap basah pakai buang itu telah menyebabkan kerosakan teruk dan berulang pada paip istana.

“Di Istana Buckingham, kain lap basah pakai buang telah menyebabkan masalah besar dengan paip. Walaupun ada yang mendakwanya sebagai ‘selamat siram’, ia sebenarnya tidak terbiodegradasi sebagai tisu tandas biasa.”

Menurut Anne, tandas yang tersumbat telah mencetuskan pembaikan yang sangat mahal dan mengganggu aktiviti istana. Larangan itu dibuat sehari selepas Raja Charles III berkongsi kisah peribadinya tentang kanser yang dihadapinya.

Sebagai penyelesaian, Anne memberitahu bahawa kakitangan istana telah menukar kain lap basah pakai buang tersebut dengan kain pembersih yang boleh diguna semula semasa membersihkan kebanyakan bilik mandi di Istana Buckingham.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.