Isu keselamatan jalan raya kembali hangat diperkatakan apabila ramai pengguna meluahkan rasa kecewa terhadap segelintir penunggang motosikal yang didakwa menunggang secara berbahaya ketika keadaan trafik sesak.
Perkongsian di Reddit tersebut mencetuskan perdebatan panjang, khususnya melibatkan budaya “lane splitting” atau mencelah di antara kenderaan yang dilihat semakin tidak terkawal.
Motorcyclists and their egos gotta chill
byu/Kuzza946 inmalaysians
Penunggang Laju Ketika Trafik Sesak Jadi Kebimbangan
Meninjau di ruangan komen, ramai berpendapat masalah utama bukanlah motosikal itu sendiri, tetapi sikap segelintir penunggang yang menunggang terlalu laju ketika mencelah di celah kenderaan.
Menurut pengguna jalan raya, situasi menjadi lebih berisiko apabila ada penunggang yang memecut pada kelajuan tinggi walaupun kenderaan lain sedang memberi signal untuk bertukar lorong.
Ada yang mendakwa mereka sudah memberi lampu isyarat lebih awal dan menunggu ruang selamat untuk masuk ke lorong lain.
Namun secara tiba-tiba motosikal datang mencelah dengan laju sehingga memaksa pemandu membrek secara mengejut.
Keadaan itu secara tidak langsung menimbulkan persoalan tentang tahap toleransi dan kesedaran sesetengah pengguna motosikal terhadap keselamatan bersama di jalan raya.
via Reddit /@niv13
via Reddit /@rockyescapePenunggang Motorsikal Sendiri Akui Takut Dengan ‘Speed Demon’
Menariknya, bukan hanya pemandu kereta yang bersuara. Beberapa penunggang motosikal sendiri turut mengakui mereka juga berasa takut dengan sikap agresif sesetengah rider lain.
Menurut seorang pengguna, dia sendiri lebih berhati-hati ketika mencelah kerana bimbang ada kenderaan yang menukar lorong secara tiba-tiba.
Namun katanya, masih ada penunggang yang membunyikan hon dari belakang kerana tidak puas hati apabila motosikal di hadapan bergerak perlahan.
“Kadang-kadang kita bawa perlahan sebab nak ada masa untuk react kalau kereta masuk lorong. Tapi ada yang rasa semua orang kena bagi laluan kepada mereka,” jelasnya.
Selain itu, ada juga yang berkongsi pengalaman hampir dilanggar oleh motosikal lain ketika berada di laluan motosikal akibat penunggang tidak menggunakan cermin sisi atau terlalu fokus memecut.
Faktor Kemahiran dan Mentaliti Turut Dipersoalkan
Dalam perbincangan sama, beberapa netizen cuba melihat isu ini dari sudut lebih rasional dengan menyenaraikan beberapa faktor yang mungkin menyumbang kepada budaya tunggangan agresif.
Antaranya termasuk:
- Penunggang baru yang takut menggunakan brek secara mengejut
- Kurang kemahiran membrek dengan teknik yang betul
- Keadaan jalan yang tidak rata atau licin
- Tidak memahami ‘blind spot’ kerana tidak pernah memandu kereta
- Menunggang tanpa lesen atau latihan mencukupi
Selain itu, ada juga yang menyentuh tentang mentaliti “lebih laju lebih hebat” yang dipercayai semakin biasa dalam kalangan segelintir rider.
Malah, sesetengah pihak berpendapat budaya memecut untuk “mengelak bahaya” telah disalah tafsir sehingga ada yang menjadikan kelajuan sebagai jalan utama untuk menyelesaikan semua situasi di jalan raya.
Tanggungjawab Keselamatan Bukan Pada Satu Pihak Sahaja
Walaupun ramai mengecam tindakan penunggang yang terlalu agresif, rata-rata netizen turut mengakui bahawa terdapat juga pemandu kereta yang cuai dan tidak bertanggungjawab.
Namun dalam situasi melibatkan motosikal, ramai berpandangan bahawa risiko kecederaan lebih tinggi kepada penunggang sendiri kerana mereka tidak dilindungi struktur seperti kereta.
Atas sebab itu, pengguna jalan raya berpendapat setiap individu perlu memainkan peranan masing-masing tanpa mengharapkan orang lain sentiasa mengalah.
Pemandu disaran untuk:
- Memberi signal lebih awal sebelum menukar lorong
- Memeriksa cermin sisi dan blind spot
- Tidak menukar lorong secara mengejut
Manakala penunggang motosikal pula disarankan agar:
- Tidak mencelah pada kelajuan melampau
- Menganggap lane filtering sebagai pilihan, bukan hak mutlak
- Menjaga jarak selamat
- Mengurangkan risiko ketika trafik sesak atau cuaca buruk
Kesedaran Jalan Raya Perlu Datang Dari Semua Pihak
Perdebatan ini jelas menunjukkan bahawa isu keselamatan jalan raya bukan sekadar soal siapa betul atau siapa salah.
Sebaliknya, ia melibatkan sikap, disiplin dan rasa tanggungjawab setiap pengguna jalan raya terhadap nyawa sendiri dan orang lain.
Dalam dunia sebenar, satu kesilapan kecil sudah cukup untuk menyebabkan tragedi besar.
Tidak kira sama ada memandu kereta atau menunggang motosikal, toleransi dan sikap berhati-hati tetap menjadi perkara paling penting.

4 hours ago
4
![[VIDEO] Rozita Che Wan Larang Anak Bongsu Jadi Selebriti- “Mommy Nak Aaisyah Jadi Ustazah”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/picture-50.webp)





![[VIDEO] Zara Zya Dedah ‘Dark Side’ Industri Hiburan- “Dia Producer, Suruh Saya Buka Baju”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/picture-8-1.webp)









































