Rani Mukerji yang dijuluki dengan gelaran ‘Ratu Bollywood’, sememangnya seorang aktres yang berbakat dan terkenal dengan sifat ramah serta sopannya kepada orang sekeliling, terutamanya peminat.
Namun tak ramai yang tahu Ratu Bollywood ini mempunyai sisi gelap yang agak mengejutkan. Nak tahu apakah sisi gelapnya?
1. Seorang perokok tegar
Tak ramai yang tahu Rani seorang perokok tegar. Menurut beberapa sumber, ketagihan Rani ini tidak diketahui oleh keluarga besarnya. Sampaikan satu hari, Rani ‘ditangkap’ oleh ibunya yang ketika itu dia sedang merokok sambil membuang air besar dalam tandas.
Rani dimarahi dan dipukul berkali-kali tetapi dia tidak dapat meninggalkan tabiatnya.
2. Bergaduh dengan Aishwarya Rai
Semuanya bermula ketika Aishwarya Rai mendapat watak dalam filem ‘Chalte Chalte’. Tetapi disebabkan cemburu Salman Khan ketika itu, Aishwarya dibuang daripada filem itu.
Kemudian tempatnya digantikan dengan Rani. Dan menariknya, Aishwarya sudah lama membenci dan tidak mengendahkan Rani. Disebabkan oleh tempatnya diganti, kebenciannya terhadap Rani semakin membuak-buak.
3. Perang dingin dengan Jaya Bachchan
Siapa sangka, dalam diam Rani sebenarnya berperang dingin dengan Jaya Bachchan. Insiden ini berlaku apabila Rani dikhabarkan bercinta dengan anak Jaya iaitu Abhishek Bachchan.

Malangnya hubungan mereka tidak direstui dan Jaya melarang Abhishek meneruskannya kerana dia menyifatkan Rani sebagai seorang wanita tidak tahu malu dan banyak bercakap.
4. Isu curang dengan aktor Govinda

Pernah dahulu Rani didakwa rapat dengan aktor Govinda dan ramai yang mengetahui hubungan sulit mereka. Buktinya, Govinda telah ditangkap bermalam di rumah Rani. Ketika itu Govinda sudah pun berkahwin dengan Sunita Ahuja.
Dasyat juga Rani Mukerji kan?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.