Bella Astillah Teman Syed Saddiq Jalani Pembedahan Lasik, Curi Perhatian Netizen!

1 day ago 18

Perkongsian terkini penyanyi dan pelakon, Bella Astillah mencuri perhatian selepas memuatnaik beberapa foto yang turut memaparkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq yang bakal menjalani pembedahan lasik di salah sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Bella Astillah menerusi hantaran di Instagram, yang mengenakan pakaian jururawat berwarna biru gelap itu turut menyatakan bahawa Syed Saddiq bakal memulakan kehidupannya untuk melihat persekitaran dengan lebih jelas selepas menjalani pembedahan lasik.

“Seseorang bakal mula melihat kehidupan dalam 4K. jadi selamat tinggal kaca mata.

Oh lupa nak kenalkan diri, saya Nurse Bella.”-kapsyen Bella Astillah di Instagram

“Nurse Bella Merawat Pesakit Cinta…”

Di ruangan komen, rata-rata netizen sempat mengusik kemesraan di antara Bella dan Syed Saddiq, malah ada yang berseloroh berpendapat Ahli Parlimen Muar akan dapat melihat Bella dengan lebih jelas selepas menjalani pembedahan lasik.

“Wow bertambah hensem la kesayangan Bella lepas ni.”

“Bismillah, semoga dipermudah urusan YB! Bella cutenya kamu ni.”

“Semoga lebih terang mata YB Syed Saddiq melihat Bella sebagai masa depannya kan.”

“Lelaki kalau dah berkenalan dengan perempuan memang macam-macam dia explore. Minum boba laa, makan sushi la, buat lasik la. Ehh.”

“Alahai comelnya nure dengan patient.”

“Nurse Bella merawat pesakit cinta.”

“Cinta itu membutakan sehingga mata kena operate.”

“Best buat lasik ada teman, buka-buka mata nampak Bella.”

Apa komen anda?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |