Sebelum ini Aziz M Osman pernah berkongsi bahawa dia memilih untuk menghantar anaknya ke sekolah antarabangsa supaya Ara Aziz dapat dibesarkan dalam persekitaran yang positif.
Baru Berusia 14 Tahun
Terbaru, tular di media sosial mengenai sesi temubual bersama anak kepada pengarah terkenal Aziz M Osman, Ara Aziz yang berkongsikan berita gembira bahawa dia bakal melanjutkan pelajaran ke universiti pada usia yang muda.
Ara yang baru berusia 14 tahun, kini mengikuti program fast track di sebuah sekolah antarabangsa yang membolehkan dia melangkau beberapa tahun dalam sistem akademik.
Menurut Ara, dia sepatutnya berada di tahun sembilan, tetapi kini sudah berada di tahun ke-11 dalam program IGSCE.
Sambung Dalam Bidang Psikologi

Mengenai hala tuju pendidikannya, Ara menyatakan bahawa dia berminat untuk menyambung pengajian dalam bidang Psikologi.
Sejak beberapa tahun lalu, subjek ini telah menarik minatnya dan kini dia bercita-cita untuk mendalami ilmu psikologi.
Ara juga berkongsi bahawa dia berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara suatu hari nanti.
Mengutamakan Pelajaran
Namun, kerana usianya yang masih muda, dia memilih untuk menimba ilmu di Malaysia terlebih dahulu sebelum beralih ke luar negara setelah cukup dewasa.
Walaupun aktif dalam dunia hiburan, Ara menegaskan bahawa fokus utamanya sekarang adalah menyelesaikan pengajiannya secepat mungkin.
Baginya, pendidikan adalah sangat penting, dan dia ingin menyelesaikan pembelajaran terlebih dahulu sebelum memberi sepenuh perhatian kepada kerjaya seni
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.