Ajay Devgn Punca Kenapa Kajol Tolak Berlakon Bersama Shah Rukh Khan?

1 month ago 28

Shah Rukh Khan (SRK) telah bekerja dengan ramai pelakon Bollywood terkenal, dan nampaknya Kajol adalah pasangan pelakon kegemarannya serta peminat dalam skrin besar.

Namun, adakah kamu tahu Kajol sebenarnya pernah tolak tawaran berlakon bersama dengan SRK dan penolakan ini berpunca kerana Ajay Devgn?

Foto – Filmibeat

Pernah suatu ketika dulu, nama Ajay Devgn, Kajol dan SRK tidak dapat dikaitkan bersama. SRK dan Kajol telah menjadi pasangan dalam skrin kegemaran ramai, tetapi aktres itu berkahwin dengan Ajay ketika berada di kemuncak kerjayanya.

Akan tetapi konflik antara mereka dikatakan bermula sebelum mereka berkahwin. Apabila Kajol menjalinkan hubungan dan Ajay, timbul khabar angin mengatakan aktor itu meminta Kajol untuk tidak bekerja bersama SRK.

Walaupun ia hanyalah khabar angin sahaja, Kajol didakwa telah menolak filem ‘Abbas Mastan’ yang dibintangi oleh SRK. Disebabkan oleh penolakan ini, SRK berkata,

“Saya mahu Kajol bekerjasama dengan saya dalam filem ‘Abbas Mastan’ tetapi dia berkata tidak mempunyai jadual yang pasti sehingga September. Jika itu tidak berlaku, kami tidak akan dapat bekerjasama sekurang-kurangnya pada tahun itu.”

Pada masa yang sama, SRK turut menepis khabar angin mengenai Ajay tidak membenarkan Kajol bekerjasama dengannya. Dia menghormati keputusan Ajay, tetapi berkata dia tidak akan lakukan perkara yang sama jika isterinya seorang pelakon.

“Saya tidak tahu jika Ajay ada peraturan. Jika Kajol tidak mahu bekerja dengan saya kerana Ajay, saya hormati keputusannya. Tetapi saya rasa perkara ini tidak berlaku. Ini agak pelik.”

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |