Cantik seperti namanya, Preity Zinta ialah salah seorang aktres Bollywood yang mempunyai ramai peminat. Terkenal dengan lesung pipit dan wajah yang sangat cantik, dia dikatakan telah berhenti dari dunia Bollywood dan kini menjadi seorang usahawan yang sangat berjaya.
Tetapi kali ini kita akan bercakap mengenai kontroversi terbesarnya. Sama seperti orang lain, dia juga mengalami pasang surut dalam kehidupan profesional dan juga peribadinya. Mari lihat apakah kontroversinya…

1. Hubungannya dengan Salman Khan
Tanpa berselindung, Preity Zinta berkata dia menyukai Salman Khan dalam kebanyakan temu bualnya. Mereka berdua telah bekerja dalam banyak filem termasuklah ‘Chori Chori Chupke Chupke. Tetepi sehingga sekarang tiada pengesahan tepat mengenai hubungan mereka.
2. Hubungan sulit dengan Shekhar Kapur
Paling mengejutkan, Preity Zinta dituduh mempunyai hubungan sulit dengan Shekhar Kapur sehinggakan Suchitra Krishnamoorthi memanggilnya sebagai “penyondol”. Aktres itu menjawab dakwaan tersebut dengan berkata,

“Saya pelakon nombor satu dan awak tak bekerja pun. Awak suri rumah! Suchitra, awak jangan bercakap dengan saya seperti itu. Awak perlu jumpa pakar psikiatri, fikiran awak tidak berada di tempat yang betul.”
3. Preity Zinta & Ness Wadia
Sepatutnya mereka berkahwin tetapi hubungan mereka berakhir dengan sangat teruk. Pada tahun 2014, Preity Zinta telah mendakwa Ness Wadia, tunangnya ketika itu, telah mengganggunya secara terbuka.

Aktres itu kemudiannya mengemukan laporan maklumat pertama (FIR) terhadap Ness di bawah seksyen IPC 354 (serangan atau kekerasan jenayah terhadap wanita dengan niat untuk mengaibkan kehormatannya), 504 (penghinaan yang disengajakan), 506 (ugut jenayah) dan 509 (menggunakan perkataan, isyarat atau perbuatan yang bertujuan untuk menghina wanita).
4. Kontroversi ‘Kal Ho Naa Ho’

Mungkin ada yang tidak tahu, watak yang dilakonkan oleh Preity Zinta sebenarnya milik Kareena Kapoor. Penggantian ini berlaku kerana Kareena meminta wang bayaran sama seperti Shah Rukh Khan, yang membuatkan Karan Johar tidak sanggup membayarnya.
5. Diancam oleh gangster
Perkara biasa apabila selebriti Bollywood diancam oleh gangster di negara mereka. Walaupun ramai memilih untuk mendiamkan diri, Preity Zinta pula memilih untuk ‘melawan’ mereka dengan memberi keterangan terhadap gangster di mahkamah.

“Ia adalah masa yang menakutkan dalam hidup saya. Saya sepatutnya dilindungi. Apa sahaja yang saya katakan di mahkamah akan disiarkan di TV sepuluh minit kemudian. Saya baik-baik sahaja sehingga mereka menakutkan saya. Tetapi bila mereka mendera saya, saya tak boleh tahan.”
Apa pendapat kamu?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.